Dulu memang aku tidak boleh ditegur atau diberi nasihat….
Kalau ada je orang yang menegur aku atau memberi nasihat….aku pasti marah…kira
semua yang aku buat itu betul lah…. Sampai kan aku pernah menjawab
“Jangan nak tegur aku lah, diri kau tu pun bukan sempurna
sangat….Kubur lain-lain…Jangan sibuk hal aku”
Dan pernah ada dalam iklan TV dulu-dulu, ada iklan dimana
Mat Rempit yang telah putus kaki memberi nasihat supaya jangan merempit…Serius
pada ketika itu aku gelak gila-gila…siap aku cakap lagi
“Kau pun merempit, ada hati nak nasihat orang lain supaya
tidak merempit”
Tapi itu dulu…
Sebelum aku mengetahui bahawa sebenarnya teguran atau
nasihat itu tanda sayang…. Orang yang menegur kita itu, sebenarnya sayang
kepada kita….sebab itu lah dia tegur kita… Bayangkanlah kalau tiada seorang pun
tegur kita??? Biarkan kita terus melakukan kesilapan???
Sekarang aku memang menghargai setiap teguran membina yang
diberikan….aku ulang taip sekali lagi… teguran membina ye!!! Kalau sekadar
mencemuh atau ingin menjatuhkan aku….. aku hanya nyanyi lagu kosong nyanyian najwa
latiff sajalah kepadanya hehehe
Tapi perlu ke seseorang yang sempurna baru boleh menegur
kita?? Tidak boleh ke orang yang tidak sempurna seperti aku ini untuk
menegur???
Kalau macam tu, Allah dan Nabi Muhammad kan telah menegur
kita daripada dulu lagi…semuanya ada dalam Al-Quran….Tetapi kenapa masih tidak
mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya???
best ke novel ni??? Nak cari satu la...
p/s(i): Aku suka tegur orang baru…. Hai!!!! =)
p/s(ii): tegur-tegur lah aku di facebook ye hehhe