Wah…hari ini sudah masuk hari pertama tahun 2013…. Selamat tinggal
tahun 2012….Selamat datang tahun 2013
Dan seperti kebiasaannya, aku tidaklah sambut kiraan turun (countdown)
tahun baru…aku lepak rumah saja layan TV.. Malas lah aku hendak pergi ke
tempat-tempat yang ramai orang….buat sesak je… lagi pun ayah aku baru sahaja
meninggal dunia, keluarga aku masih dalam kesedihan…. Semalam aku menonton TV,
ada dibuat siaran langsung ambang tahun baru di dataran merdeka….emak aku
tertengok, dan dia berkata
“Semua orang gembira sambut tahun baru, kita je bersedih”
Aku terus tukar siaran TV lain…. Aku tidak mahu emak aku
sedih-sedih… Kini tanggungjawab aku semakin besar, aku dipertanggungjawabkan menjadi
ketua keluarga secara paksa rela.. hehe Banyak perkara yang aku perlu uruskan
selepas ini….antaranya bertunang…. Eh bukan aku yang akan bertunang, tetapi
adik aku…. Rancangannya tahun lepas, tetapi sebab ayah aku sakit….kami
tangguhkan…. Nampaknya, aku kena mantapkan skill pantun memantun aku selepas ni
Negara kita sungguh aman,
Bolehkah kami sunting bunga di taman?
Wah patriotik betul pantun aku ni heheh…..
Dan pagi tadi, aku pergi melawat “rumah baru” abah….
Sungguh tenang apabila berada disitu…Aku dan emak aku membacakan Yasin…. Aku
memandang raut muka emak aku yang sudah berkedut dimamah usia, sangat tenang…..
tapi aku tahu, emak aku sangat rindukan ayah aku….aku pun juga!!
Yang pergi, biarkan pergi…kita yang masih hidup, teruskan
hidup dalam keberkatanNya….kita juga pasti akan pergi ke sana jua suatu hari
nanti…. Selamat tahun baru!!!