Malam ini, aku lepak di rumah saja….Bosan!!!
Aku pun on kan TV….tiada cerita menarik…aku ambil remote
control, dan tukar siaran satu per satu..
Sampai la aku terbuka TV9….ada siaran langsung Semanis
Kurma… Rupanya, sudah lama aku tidak menonton semanis kurma… dan kebetulan
tajuk malam ini agak menarik… “Aku bukan khunsa”
“Wow, beraninya buat tajuk ni!!”,itulah perkataan pertama
yang terpancul dari mulut aku
Yelah, sebab selama aku ikut siaran semanis kurma sebelum
ini…apabila ada sesuatu tajuk yang akan dibincangkan… ia pasti akan membawa
dua orang panel…iaitu seorang yang pakar tajuk tu sama ada kaunselor atau ustaz
dan seorang lagi…yang mengalami peristiwa seperti tajuk yang dibincangkan.
Jadi, tajuk malam ini…”aku bukan khunsa”, ada ke khunsa
yang akan datang?? Kalau ada yang datang pun, mesti kamera ambil dari tepi je,
tak nampak dengan jelas mukanya…. Itulah yang aku fikirkan pada mulanya…. Tapi sangkaan
aku itu meleset sama sekali……cikgu khairi atau erinz berani datang menjadi
panel, berkongsi pengalamannya…
Aku memang tabik spring la…toink!!! Toink!!! Anda memang seorang
yang berani!!!
Tetiba aku teringat pesan emak aku…."Janganlah kita
memandai-mandai menilai seseorang itu, kononnya yang orang itu baik, dia pasti akan masuk
syurga, yang orang itu jahat, dia pasti masuk neraka…. Yang pentingnya, bagaimana
pengakhiran kehidupan seseorang itu…itu semua urusan Allah…."
p/s: Terkejut aku apabila ustaz dalam semanis kurma itu
tadi menyatakan ada 300 000 orang lelaki Malaysia yang berkahwin tetapi bernafsu
dengan lelaki dan ada 7 Juta orang LGBT di Amerika syarikat.
No comments:
Post a Comment