Khamis lepas….kebetulan negeri Johor cuti…sempena hari Hol
Almarhum Sultan Iskandar… Jadi tempat kerja aku telah membuat hari staf di
Tiara Beach Resort, Port Dickson untuk satu hari itu…. Pada sebelah pagi,
diadakan Majlis penghargaan untuk staf yang telah memberi khidmat cemerlang
sepanjang tahun 2012 dan sebelah petangnya pula diadakan sukaneka dan bersantai
di taman tema nya…
Syukur..Alhamdulillah…aku telah dapat penghargaan
perkhidmatan yang cemerlang bagi kluster Multimedia, ICT & Elektronik
sepanjang tahun 2012…. Jadi kepada sesiapa yang nak berkursus asas Microsoft word,
power point, excel, blog, movie maker dan sebagainya….boleh lah hubungi aku….
Tetapi disini, aku bukan hendak bercerita mengenai Majlis
penghargaan atau sukaneka itu, tetapi aku hendak menceritakan satu peristiwa
yang telah membuat aku lebih menghargai ibubapa aku…
Ketika aku sedang bersantai di taman tema disitu selepas
habis acara sukaneka dan sebelum aku pulang ke rumah.. Aku hanya duduk di tepi
kolam, tidak berenang…..ye aku akui, aku fobia sikit dengan air,bukan bermakna
aku takut air sampai tak mandi….macam kambing tu hehheh, aku fobia, sebab aku
pernah hampir lemas ketika aku sekolah rendah dulu…
Dan ketika aku duduk di tepi kolam, main air dengan kaki aku….
Aku perhatikan, ada seorang budak lelaki ini…dia selalu tengok aku… aku menjadi
tidak selesa…. Tetapi aku buat tidak tahu saja… Dan budak lelaki ni berenang
menghampiri aku…
“Bang, jom lah mandi”
“Kejap lagi lah dik”, balas aku sambil mata aku memandang
pada papan tanda di tepi kolam yang
tertulis kedalaman kolam ini 1.2 meter… Dan ketinggian aku 1.8 meter,
aku boleh je berdiri dalam kolam ini, pasti tidak lemas heheh
“Saya dari rumah bakti”, balas budak itu. Membuatkan mata
aku beralih dari papan tanda itu memandang ke arahnya.
“Rumah bakti??”, aku seolah-olah bertanya untuk mendapatkan
kepastian mengenai rumah itu…
“Yup, rumah bakti, rumah anak-anak yatim kat seksyen 2 bangi”,
terang budak itu
“Ouhhh”, lidah aku menjadi kelu…itu sahaja perkataan yang mampu
terkeluar dari mulut aku pada ketika itu, aku terus teringat kedua ibu bapa aku…
“Nama saya afiq”
“Sedap nama tu, nama abang….Khairul, afiq datang dengan
siapa??”
“Saya datang dengan kawan-kawan lain dan penjaga, 30 orang
semuanya.” Sambil menunjuk ke arah sekumpulan budak yang memakai baju yang sama
Aku perhatikan mereka, penuh keceriaan di muka mereka….terus
aku teringat budak-budak dirumah berkat, rumah anak yatim yang pernah aku
mengajar tusyen….
“Adik sudah berapa lama dirumah itu??”tanya aku
“Sejak umur 4 tahun, dan sekarang saya tingkatan satu”
Aku memandang tepat mukanya….aku tahu dia rindukan seseorang….ye
ibubapanya…mungkin abang, kakak dan adik-adiknya….Afiq terus bermain dengan
aku, sampai lah masa aku perlu pulang…Aku keluar dari kolam, dan mencari selipar….
“Abang hendak pergi mana??”, tanya afiq
“Abang hendak balik, dah sampai masa abang kena check-out”
“Abang tak bermalam disini ke??”
“Tak, abang hari ini je….”,balas aku. Aku perhatikan riak mukanya
masam…
“Abang balik berhati-hati ye.. Jangan lupa saya kat bangi”,
katanya sambil melambai tangan.
Kini sudah dua hari berlalu, aku sekarang berada dirumah….masih
ingat lagi lambaian afiq itu…
Dan aku perhatikan kedua wajah ibu bapaku ini, sudah penuh
garis-garis kedut…. Dan ayah aku semakin kurus… Aku tidaklah kata aku baik
sangat, aku dulu juga pernah lawan cakap ibubapa aku, Cuma aku hendak pesan, hargailah
ibubapa anda selagi mereka masih hidup, Cuba selami perasaan anak-anak yatim
yang dahagakan kasih sayang kedua ibubapa mereka.
No comments:
Post a Comment