nak ikut.....

Thursday, January 3, 2013

Jangan lupa tulisan jawi juga…


Sejak dari semalam, aku menemani ibu aku untuk menyelesaikan semua urusan yang berkaitan arwah ayah aku….. Bermula dari urusan Jabatan Veteren ATM, tabung haji, ASB, Perumahan dan sebagainya.. Dah alang-alang aku cuti seminggu…kalau boleh hendak selesaikan semuanya dengan segera lah…

Alkisahnya, kejadian berlaku di kaunter ASB Putrajaya (bukan tempat sebenar heehe) petang tadi….

Aku punya lah gigih singgah kat kaunter ASB itu selepas menyelesaikan segala urusan perumahan di Putrajaya… Aku ingatkan, tidaklah sesak orang disitu…. Rupanya sama saja dimana-mana kaunter ASB, tidak kiralah cawangan PNB, bank-bank mahupun pejabat pos…. semuanya ramai orang….sampai beratur ke luar premis…. Ini semua disebabkan, urusan kemaskini bonus ASB….

Aku masuk premis dan terus ke kaunter pertanyaan,

“Assalammualaikum…..dimana saya boleh membuat urusan mengenai kematian??”

Terus aku di bawa ke satu kaunter khas..di kaunter tersebut, ada seorang wanita yang sudi melayan aku dan emak aku…. Emak aku diminta untuk mengisi borang khairat kematian dan menyediakan beberapa salinan dokumen….dan tetiba wanita itu bertanya kepada kami

“Puan ada bawa apa-apa dokumen yang menunjukkan hubungan Puan dengan arwah….Sijil nikah ke??

“Ada”, balas emak aku sambil mengeluarkan sijil nikahnya….

Wanita itu mengambil sijil nikah emak aku dan baca, aku lihat mukanya berkerut ketika membaca sijil nikah emak aku itu… Kemudian wanita itu bangun, dan pergi ke belakang…tunjuk sijil nikah emak aku itu kepada kawannya… aku lihat sijil nikah emak aku itu saling bertukar tangan….dari yang muda sampailah ke tua… Sambil sijil nikah emak aku itu masih di tangan kawannya, wanita itu datang kembali ke kaunter berjumpa emak aku

“Kalau hendak kami uruskan hari ini, ia akan ambil masa yang lama…maklum lah ramai yang hendak kemas kini buku mereka”

“Kalau macam tu, takpe lah… benda ni boleh dibuat sampai bila??”, aku bertanya

“Jangan lebih dari 6 bulan la, lagi pun encik boleh buat kat pejabat pos je”

“Ohhh… Kalau macam tu, takpe lah…kami buat kat pejabat pos je nanti”

“OK”, balas wanita itu.

Wanita itu berpaling kepada kawannya dan berkata

“Dah, pulang balik sijil nikah tu…tak payah susah-susah nak mentafksir tulisan jawi tu”

Aku tergelak saja…. Rupanya, susah payah mereka hendak membaca sijil nikah emak aku yang dalam tulisan jawi tu hehehe..




p/s(i): Baru aku sedar, selain daripada kena mahir bahasa melayu dan bahasa inggeris… tulisan jawi pun kena pakar juga….

p/s(ii): Esok genap lah seminggu ayah aku pergi meninggalkan kami sekeluarga…. Masih terasa akan kehilangannya…Al-Fatihah

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru….


Wah…hari ini sudah masuk hari pertama tahun 2013…. Selamat tinggal tahun 2012….Selamat datang tahun 2013

Dan seperti kebiasaannya, aku tidaklah sambut kiraan turun (countdown) tahun baru…aku lepak rumah saja layan TV.. Malas lah aku hendak pergi ke tempat-tempat yang ramai orang….buat sesak je… lagi pun ayah aku baru sahaja meninggal dunia, keluarga aku masih dalam kesedihan…. Semalam aku menonton TV, ada dibuat siaran langsung ambang tahun baru di dataran merdeka….emak aku tertengok, dan dia berkata

“Semua orang gembira sambut tahun baru, kita je bersedih”

Aku terus tukar siaran TV lain…. Aku tidak mahu emak aku sedih-sedih… Kini tanggungjawab aku semakin besar, aku dipertanggungjawabkan menjadi ketua keluarga secara paksa rela.. hehe Banyak perkara yang aku perlu uruskan selepas ini….antaranya bertunang…. Eh bukan aku yang akan bertunang, tetapi adik aku…. Rancangannya tahun lepas, tetapi sebab ayah aku sakit….kami tangguhkan…. Nampaknya, aku kena mantapkan skill pantun memantun aku selepas ni

Negara kita sungguh aman,
Bolehkah kami sunting bunga di taman?

Wah patriotik betul pantun aku ni heheh…..

Dan pagi tadi, aku pergi melawat “rumah baru” abah…. Sungguh tenang apabila berada disitu…Aku dan emak aku membacakan Yasin…. Aku memandang raut muka emak aku yang sudah berkedut dimamah usia, sangat tenang….. tapi aku tahu, emak aku sangat rindukan ayah aku….aku pun juga!!


Yang pergi, biarkan pergi…kita yang masih hidup, teruskan hidup dalam keberkatanNya….kita juga pasti akan pergi ke sana jua suatu hari nanti…. Selamat tahun baru!!!

Monday, December 31, 2012

Tahun baru, tiada erti….


Sedih!!!

Sunyi!!!

Kehilangan!!!

Ye, aku rasa sunyi….bukan sebab aku tiada rakan… ramai je yang ambil berat akan diriku ini… terima kasih banyak-banyak!! Aku sangat menghargainya……tetapi diri ku kini terasa seperti satu kehilangan besar…. untuk menempuh tahun baru…2013…aku kehilangan

”orang” yang sentiasa menjadi idola aku….

”orang” yang sentiasa memberi kata-kata semangat apabila aku lemah…

“orang” yang sentiasa membantu aku apabila susah…..

“orang” yang sentiasa bersungguh-sungguh gelak, walaupun lawak aku tidak jadi

”orang” yang sentiasa bersama aku…..

kini sudah tiada selama-lamanya…. “orang” yang dimaksudkan itu ialah ayahku…Johari bin Othman… yang telah pergi menemui penciptanya… DIA lebih menyayanginya…. Pada 28 Disember 2012,jumaat, pada jam 6.06 petang….

p/s(i): Aku sangat rindukan ayah….Maaf kerana tidak menjadi anak yang baik…. Semoga Allah merahmati dan menempatkan roh Allahyarham di sisi-Nya.. Al-Fatihah

p/s(ii): Sambutlah tahun baru dengan penuh kesyukuran…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...