nak ikut.....

Thursday, January 3, 2013

Jangan lupa tulisan jawi juga…


Sejak dari semalam, aku menemani ibu aku untuk menyelesaikan semua urusan yang berkaitan arwah ayah aku….. Bermula dari urusan Jabatan Veteren ATM, tabung haji, ASB, Perumahan dan sebagainya.. Dah alang-alang aku cuti seminggu…kalau boleh hendak selesaikan semuanya dengan segera lah…

Alkisahnya, kejadian berlaku di kaunter ASB Putrajaya (bukan tempat sebenar heehe) petang tadi….

Aku punya lah gigih singgah kat kaunter ASB itu selepas menyelesaikan segala urusan perumahan di Putrajaya… Aku ingatkan, tidaklah sesak orang disitu…. Rupanya sama saja dimana-mana kaunter ASB, tidak kiralah cawangan PNB, bank-bank mahupun pejabat pos…. semuanya ramai orang….sampai beratur ke luar premis…. Ini semua disebabkan, urusan kemaskini bonus ASB….

Aku masuk premis dan terus ke kaunter pertanyaan,

“Assalammualaikum…..dimana saya boleh membuat urusan mengenai kematian??”

Terus aku di bawa ke satu kaunter khas..di kaunter tersebut, ada seorang wanita yang sudi melayan aku dan emak aku…. Emak aku diminta untuk mengisi borang khairat kematian dan menyediakan beberapa salinan dokumen….dan tetiba wanita itu bertanya kepada kami

“Puan ada bawa apa-apa dokumen yang menunjukkan hubungan Puan dengan arwah….Sijil nikah ke??

“Ada”, balas emak aku sambil mengeluarkan sijil nikahnya….

Wanita itu mengambil sijil nikah emak aku dan baca, aku lihat mukanya berkerut ketika membaca sijil nikah emak aku itu… Kemudian wanita itu bangun, dan pergi ke belakang…tunjuk sijil nikah emak aku itu kepada kawannya… aku lihat sijil nikah emak aku itu saling bertukar tangan….dari yang muda sampailah ke tua… Sambil sijil nikah emak aku itu masih di tangan kawannya, wanita itu datang kembali ke kaunter berjumpa emak aku

“Kalau hendak kami uruskan hari ini, ia akan ambil masa yang lama…maklum lah ramai yang hendak kemas kini buku mereka”

“Kalau macam tu, takpe lah… benda ni boleh dibuat sampai bila??”, aku bertanya

“Jangan lebih dari 6 bulan la, lagi pun encik boleh buat kat pejabat pos je”

“Ohhh… Kalau macam tu, takpe lah…kami buat kat pejabat pos je nanti”

“OK”, balas wanita itu.

Wanita itu berpaling kepada kawannya dan berkata

“Dah, pulang balik sijil nikah tu…tak payah susah-susah nak mentafksir tulisan jawi tu”

Aku tergelak saja…. Rupanya, susah payah mereka hendak membaca sijil nikah emak aku yang dalam tulisan jawi tu hehehe..




p/s(i): Baru aku sedar, selain daripada kena mahir bahasa melayu dan bahasa inggeris… tulisan jawi pun kena pakar juga….

p/s(ii): Esok genap lah seminggu ayah aku pergi meninggalkan kami sekeluarga…. Masih terasa akan kehilangannya…Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...