Alkisahnya,
Di tempat kerja aku, tiba-tiba aku telah di minta untuk
menjadi pengarah program bagi Program Pengumpulan dan Derma Barangan Terpakai…
Program itu akan berlangsung 26 Jan ini…tidak sampai dua minggu aku perlu
merancang gerak kerja bagi memastikan program itu berjalan dengan lancar…
Memang aku rasa agak tertekan, sebab aku kurang jelas dengan perjalanan program
ini, masa terlalu suntuk untuk membuat program besar dan yang lebih penting,
Majlis ini akan dihadiri oleh YB (Yang Berhormat)…hmmm Serammm!!!!
Dulu aku selalu nasihatkan pelajar aku, jangan mengalah
sebelum mencuba… Jadi, tak kan aku pula hendak mengalah?? Apabila orang
melantik kita, bermakna dia yakin bahawa kita mampu melakukannya…. Yeke?? Tapi kawan aku kata, aku telah di
kambing hitam kan walaupun memang aku hitam manis (saja tambah perkataan manis
di belakang hitam untuk menyedapkan hati sendiri heheh).. Bagi aku, kalau kita
pandang dari sudut positif…kita nampak ia sebagai satu peluang ….
Tak kira la, apa yang hendak orang kata…yang penting program
ini perlu berjalan… Jadi disini, kepada sesiapa sahaja yang ingin menderma
barangan yang masih elok (seperti baju, mainan, perabut) kepada mereka yang
memerlukan, bolehlah berhubung dengan aku di facebook. Dan kalau ada yang
ingin menderma barangan dapur seperti minyak masak, beras dan sebagainya juga
turut di galakkan..
Aku dah siap mesej kat member-member aku di facebook terutamanya yang tinggal di KL, supaya mereka turut mengumpulkan barangan terpakai mereka hehehe....Alang-alang aku balik KL hujung minggu ni, aku angkat la barangan terpakai mereka itu balik ke Tangkak heheh...terima kasih ye... Bangga aku berkawan dengan korang.
Jadi kepada sesiapa yang ingin menderma, terutamanya masyarakat yang duduk berhampiran Tangkak, boleh lah contact aku, senang aku pergi ambil nanti hehhehe
p/s: "Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang dibawah (tangan yang menerima atau meminta)"
No comments:
Post a Comment