nak ikut.....

Tuesday, January 8, 2013

Aku pun tahu….


Petang tadi, aku tengok drama Melayu, Setia Hujung Nyawa…. Aku tidak puas hati dengan jalan cerita hari ini, aku rasa tertipu dengan pengarah….

Kalau sesiapa yang mengikuti drama itu, pasti mengetahui jalan cerita drama itu yang telah diadaptasi dari novel karya Fatin Nabila… Mari aku ceritakan secara ringkas sinopsisnya, manalah tahu ada pembaca blog ini yang tidak mengikuti drama itu

Secara ringkasnya, Zain Hakimi dan tunangnya, Sofea telah merancang perkahwinan. Namun begitu, Sofea telah melarikan diri ke luar negara di saat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu emak Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya demi menjaga maruah keluarga.


Akhirnya, Datin Adibah bertemu Ersalina Imani, yang merupakan anak kepada Haliza, rakan berpersatuan. Mereka berkahwin atas perancangan kedua-dua ibu mereka. Disitulah konflik berlaku, dimana Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Mereka mengambil masa lebih daripada sebulan untuk menyemai cinta dan bersedia untik menjadi suami-isteri dalam kata sebenarnya.

Dikala Zain berhasrat menyambut cinta Ersalina dan telah menerima isyarat untuk bersama, perkara aib yang disembunyikan oleh Haliza terbingkar apabila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar Ersalina disahkan keguguran padahal Zain tidak pernah "menyentuh" isterinya sebelum ini... Dan drama ini bersambung untuk ke esokkan harinya....

Terus aku berkata,

"Takkan lah perempuan ni tidak tahu dia hamil kot?? Kalau dah lebih sebulan tak datang bulan..."

Terus aku tak ada mood nak tengok drama ini, sebab aku dah datang bulan...hehe.. Jadi, aku ingin cari novel itu….mungkin aku lebih puas hati apabila membaca jalan ceritanya nanti hehehe.


p/s: Aku tahu lah juga pasal kitaran haid ni, dulu aku sangat suka subjek sains tingkatan 3 terutamanya bab pembiakan hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...