nak ikut.....

Tuesday, February 12, 2013

Yakinlah….Allah sentiasa bersamamu…


“Yakinlah…dengan sepenuh hati…Allah sentiasa bersama umatnya…. Sentiasalah mengadu kepadanya, kerana Allah Maha Mendengar….”
Itulah pesanan emak aku yang aku sentiasa ingat…dan baru-baru ini, aku sendiri mengalaminya…

Jumaat lepas….

Di tempat kerja aku, diadakan audit dalaman 5S….Habis semua tempat dan kawasan dinilai dan diberi markah….dan sudah pasti kawasan kerja aku akan dikenakan “denda” sebab sangat bersepah sejak aku ambil alih program kitar semula…3R (reduce, reuse dan recycle) ni… heheh… Yelah..Tempat aku telah dijadikan kawasan longgokan barangan kitar semula oleh akak-akak cleaner….sampai kayu pun dilonggokkan juga… heheh.. Terima kasih lah kerana memberi sokongan, sampai aku minta satu bilik dari pengarah untuk dijadikan pusat kitar semula….. semoga usaha murni kita ini mendapat keberkatan!!

Dan akibat audit 5S berlangsung, telefon aku asyik berbunyi yang menyuruh aku mengambil barangan kitar semula dari tempat mereka….. Malangnya sepanjang hari jumaat itu, hujan turun tanpa kelihatan tanda hendak berhenti….sehinggalah selepas solat jumaat…

Selepas solat jumaat, hujan berhenti seketika….jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengangkat barangan kitar semula yang boleh dijual terus seperti kertas,plastic dan besi masuk ke dalam kereta aku…. Habis ruang kereta aku penuh dengan barangan kitar semula…sekali tengok, sudah macam lori sampah hehhe… tak sangka kereta myvi aku yang kecil itu dapat di sumbat dengan semua barangan kitar semula itu hehehe… Aku bangga sekejap kerana menjadi tuannya heheh

Selepas aku bertungkus lumus memasukkan barangan kitar semula ke dalam kereta, rakan aku yang menolong aku angkat barangan itu berkata….

“Eh buka ke pusat kitar semula tu?? Kan dah nak cuti tahun baru cina??”

“Buka rasanya…ish janganlah mulut kau masin”, aku balas…

Aku segera masuk ke dalam kereta, dan memandu ke arah pusat kitar semula itu….Sah!! memang mulut kawan aku masin…pusat kitar semula itu tutup…

Aku tunggu lama di pintu masuk pusat kitar semula….rasa kecewa lah juga kerana perlu berpatah balik… mungkin ada hikmah disebalik semua ini….fikir aku…. Aku masuk gear reverse, dan sempat mulut aku berkata..

“Ya Allah, jika kerja yang aku lakukan ini diberkati oleh Mu, permudahkannya…”

Dan tiba-tiba, pintu pusat kitar semula itu terbuka…aku lihat seorang pekerjanya, warga Bangladesh kelihatan seperti hendak balik…. Aku menghampirinya, aku berharap dia akan menerima barangan kitar semula yang aku bawa… Syukur, dia sanggup menerimanya!!! Sebenarnya, dia baru sahaja menutup pusat kitar semula itu…

Dia membenarkan aku memunggah barang-barang kitar semula ke atas penimbang…Mungkin ini rezeki, insan yang memerlukan. Syukur!!!

Rasanya kayu tidak boleh dikitar semula...guna semula bolehlah :)

p/s: Kepada sesiapa yang hendak menderma barangan kitar semula, barangan terpakai atau barangan dapur (beras, minyak, tepung, gula dsb)...bolehlah hubungi aku di facebook

Thursday, February 7, 2013

Aku bersyukur…


Dalam 2 minggu akan datang ni…aku akan menjadi sangat sibuk… Dua program yang aku sertai akan berlangsung….Pertamanya adalah program Khidmat masyarakat dan keduanya adalah program kitar semula….

Program khidmat masyarakat akan berlangsung pada 22 hingga 24 februari ni…Sekarang ini, aku sedang menunggu senarai nama keluarga yang miskin dari Jabatan Kebajikan Masyarakat…seminggu juga aku tunggu senarai itu, tetapi masih tidak dapat lagi….rasanya ramai sangat kot….

Aku dan beberapa orang pelajar nanti akan ke rumah-rumah keluarga miskin ini, akan melakukan gotong royong dan memberi sedikit sumbangan barangan kepada mereka….

Manakala program kitar semula sudah berlangsung selama dua minggu….setakat ini, barangan dan wang yang aku terima masih tidak banyak lagi, aku masih memerlukan sumbangan… Jadi kepada sesiapa yang hendak menderma atau menyumbangkan barangan terpakai seperti barangan dapur, pakaian, permainan, dan sebagainya…..atau barangan kitar semula, seperti kotak, kertas, tin dan sebagainya… bolehlah derma kepada aku…boleh hubungi aku di facebook…. Hasil daripada jualan barangan ini, kami akan salurkan kepada keluarga pelajar yang miskin dan memerlukan….

Dan pagi tadi, aku tapis dan temuduga beberapa orang pelajar….mendengar kisah hidup mereka…. Rupanya masih ada lagi keluarga yang susah dan memerlukan bantuan… Aku rasa sangat bersyukur, kerana aku diberikan rezeki yang cukup…. Serius sedih aku, mendengar kisah mereka yang tidak makan…. Penuhkan masa dengan membuat sebarang aktiviti..supaya tidak memikirkan pasal makan…. Macam mana hendak ada tenaga untuk belajar??

Aku harap dengan sedikit sumbangan ini nanti mampu menggembirakan mereka dan menyemarakkan semangat untuk mereka belajar..


P/s: Mungkin hari ini hari mereka, manalah tahu lain kali hari kita pula….

Sunday, February 3, 2013

Aku kaya…

Teeettt!! Teeettt!!

Telefon bimbit aku berbunyi, menandakan ada mesej masuk…

Aku pun buka dan baca….dari nombor yang aku tidak kenali

“Promotion’s Tahniah sim kad anda telah meraih hadiah percuma RM 19000 dari SHELL HELIX, No pin 552299 Sila Call di talian SHELL SDN BHD 0128161645”

Aku terdiam seketika….dan kemudian aku tersenyum…. Bukan sebab aku gembira, aku menjadi orang kaya baru secara tiba-tiba tetapi aku tergelak, ada lagi orang yang hendak menipu dengan cara macam ni lagi heheheh

Kan bagus kalau betul-betul aku dapat duit RM 19000 tu…Boleh aku masukkan sebahagian dari duit tu ke dalam program kitar semula aku tu… Tapi aku yakin sangat, yang mesej itu satu penipuan… Tak kan lah SHELL SDN BHD guna nombor handphone je…tak kan la tiada talian tetap kot…

Bercakap mengenai, Program kitar semula itu…kalau anda semua ada barang-barang terpakai di rumah yang tidak diperlukan lagi tetapi masih lagi dalam keadaan baik seperti pakaian, perabut,, permainan dan sebagainya….dan anda juga ada barang-barang kitar semula seperti surat khabar, kotak, tin, botol dan sebagainya…bolehlah derma kepada aku…bolehlah contact aku di facebook…. Hasil daripada jualan itu, akan aku dermakan kepada insan-insan yang memerlukan…

Dan jika anda tiada semua barang-barang diatas, tetapi berminat untuk menyumbangkan sesuatu juga.. anda bolehlah sumbangkan derma atau pun barangan dapur seperti beras, minyak dan sebagainya…

Mungkin hari ini adalah hari mereka, mana lah tahu kemudian hari adalah hari kita….
kan best kalau syarikat shell betul-betul memberi sumbangan :)

p/s: Kita memang perlu menjadi kaya…tetapi dengan cara yang betullah…kerana apabila kita kaya, kita boleh membantu orang lain…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...