“Yakinlah…dengan sepenuh hati…Allah sentiasa bersama umatnya…. Sentiasalah mengadu kepadanya, kerana Allah Maha Mendengar….”
Itulah pesanan emak aku yang aku sentiasa ingat…dan
baru-baru ini, aku sendiri mengalaminya…
Jumaat lepas….
Di tempat kerja aku, diadakan audit dalaman 5S….Habis
semua tempat dan kawasan dinilai dan diberi markah….dan sudah pasti kawasan
kerja aku akan dikenakan “denda” sebab sangat bersepah sejak aku ambil alih
program kitar semula…3R (reduce, reuse dan recycle) ni… heheh… Yelah..Tempat
aku telah dijadikan kawasan longgokan barangan kitar semula oleh akak-akak
cleaner….sampai kayu pun dilonggokkan juga… heheh.. Terima kasih lah kerana
memberi sokongan, sampai aku minta satu bilik dari pengarah untuk dijadikan pusat
kitar semula….. semoga usaha murni kita ini mendapat keberkatan!!
Dan akibat audit 5S berlangsung, telefon aku asyik berbunyi
yang menyuruh aku mengambil barangan kitar semula dari tempat mereka…..
Malangnya sepanjang hari jumaat itu, hujan turun tanpa kelihatan tanda hendak
berhenti….sehinggalah selepas solat jumaat…
Selepas solat jumaat, hujan berhenti seketika….jadi aku
mengambil kesempatan ini untuk mengangkat barangan kitar semula yang boleh
dijual terus seperti kertas,plastic dan besi masuk ke dalam kereta aku…. Habis
ruang kereta aku penuh dengan barangan kitar semula…sekali tengok, sudah macam
lori sampah hehhe… tak sangka kereta myvi aku yang kecil itu dapat di sumbat dengan
semua barangan kitar semula itu hehehe… Aku bangga sekejap kerana menjadi
tuannya heheh
Selepas aku bertungkus lumus memasukkan barangan kitar
semula ke dalam kereta, rakan aku yang menolong aku angkat barangan itu berkata….
“Eh buka ke pusat kitar semula tu?? Kan dah nak cuti tahun
baru cina??”
“Buka rasanya…ish janganlah mulut kau masin”, aku balas…
Aku segera masuk ke dalam kereta, dan memandu ke arah pusat
kitar semula itu….Sah!! memang mulut kawan aku masin…pusat kitar semula itu
tutup…
Aku tunggu lama di pintu masuk pusat kitar semula….rasa
kecewa lah juga kerana perlu berpatah balik… mungkin ada hikmah disebalik semua
ini….fikir aku…. Aku masuk gear reverse, dan sempat mulut aku berkata..
“Ya Allah, jika kerja yang aku lakukan ini diberkati oleh
Mu, permudahkannya…”
Dan tiba-tiba, pintu pusat kitar semula itu terbuka…aku
lihat seorang pekerjanya, warga Bangladesh kelihatan seperti hendak balik…. Aku
menghampirinya, aku berharap dia akan menerima barangan kitar semula yang aku
bawa… Syukur, dia sanggup menerimanya!!! Sebenarnya, dia baru sahaja menutup
pusat kitar semula itu…
Dia membenarkan aku memunggah barang-barang kitar semula
ke atas penimbang…Mungkin ini rezeki, insan yang memerlukan. Syukur!!!
Rasanya kayu tidak boleh dikitar semula...guna semula bolehlah :)
p/s: Kepada sesiapa yang hendak menderma barangan kitar semula, barangan terpakai atau barangan dapur (beras, minyak, tepung, gula dsb)...bolehlah hubungi aku di facebook
No comments:
Post a Comment