Telefon bimbit aku berbunyi,
menandakan ada mesej masuk…
Aku pun buka dan baca….dari
nombor yang aku tidak kenali
“Promotion’s Tahniah sim kad
anda telah meraih hadiah percuma RM 19000 dari SHELL HELIX, No pin 552299 Sila
Call di talian SHELL SDN BHD 0128161645”
Aku terdiam seketika….dan
kemudian aku tersenyum…. Bukan sebab aku gembira, aku menjadi orang kaya baru
secara tiba-tiba tetapi aku tergelak, ada lagi orang yang hendak menipu dengan
cara macam ni lagi heheheh
Kan bagus kalau betul-betul
aku dapat duit RM 19000 tu…Boleh aku masukkan sebahagian dari duit tu ke dalam
program kitar semula aku tu… Tapi aku yakin sangat, yang mesej itu satu
penipuan… Tak kan lah SHELL SDN BHD guna nombor handphone je…tak kan la tiada
talian tetap kot…
Bercakap mengenai, Program
kitar semula itu…kalau anda semua ada barang-barang terpakai di rumah yang
tidak diperlukan lagi tetapi masih lagi dalam keadaan baik seperti pakaian,
perabut,, permainan dan sebagainya….dan anda juga ada barang-barang kitar
semula seperti surat khabar, kotak, tin, botol dan sebagainya…bolehlah derma
kepada aku…bolehlah contact aku di facebook…. Hasil daripada jualan itu, akan
aku dermakan kepada insan-insan yang memerlukan…
Dan jika anda tiada semua
barang-barang diatas, tetapi berminat untuk menyumbangkan sesuatu juga.. anda
bolehlah sumbangkan derma atau pun barangan dapur seperti beras, minyak dan
sebagainya…
Mungkin hari ini adalah hari
mereka, mana lah tahu kemudian hari adalah hari kita….
kan best kalau syarikat shell betul-betul memberi sumbangan :)
p/s: Kita memang perlu menjadi
kaya…tetapi dengan cara yang betullah…kerana apabila kita kaya, kita boleh
membantu orang lain…
No comments:
Post a Comment