Aku baru sahaja selesai menonton rancangan kegemaran aku…..Semanis
Kurma… Aku akan memastikan diri aku tidak akan terlepas daripada menontonnya….Tajuk
malam ini agak menarik iaitu “Cinta dua-dua”… Masih lagi tajuk pasal cinta,
sebab itu aku awal-awal lagi sudah terpacak dihadapan TV heheh
Sambil aku menonton TV, aku post lah status di facebook aku
Dan ada kawan aku komen tanya….Apa itu cinta dua-dua?? Cinta
biseksual ke??
Ishhh sampai ke situ sekali…Heheh Ia sebenarnya berkaitan
Cinta Allah dan cinta antara manusia…. Yelah, sejak kebelakangan ini,
kebanyakkan orang lebih cintakan manusia berbanding cintakan Allah.. sebab
itulah apabila berlaku putus cinta, berlakulah kes bunuh diri dan sebagainya…
Jika cinta Allah melebihi segalanya pasti cinta antara manusia itu berlandaskan
islam….tiada kes zina, anak haram, buang bayi dan sebagainya…
Dan Ustazah Siti Nor Bahyah serta ahli panel berulangkali
menegaskan bahawa
“Jangan kahwin kalau ibubapa tidak restu….”
Tetiba secara automatik, aku teringat kes artis perempuan yang
sangat popular pada masa ini… dimana si lelaki yang juga artis ingin hantar
rombongan merisik, tetapi mendapat bantahan daripada ayah si artis perempuan
itu.. Macam ada kaitan je tajuk semanis kurma ni… Hehe… Harap mereka tengok dan
mengambil pengajaran daripada semanis kurma ini…. Doa yang terbaik untuk mereka…
Adakah aku mendapat restu daripada ibu aku??
Bukan setakat restu, tetapi sudah kerap bertanya secara
langsung mahupun tidak langsung…Bila aku hendak kahwin….heheh
“Angah bila hendak kahwin….”, tanya emak aku pada suatu hari
“Kalau boleh hendak esok ma”, aku balas
“Ishhh dengan siapa??”, tanya emak aku
“Tu”, sambil tunjuk ke arah pintu utama
“Siapa??”
“Tengah menunggu orang datang meminang la”, aku ketawa
PAKKKKK!!! Belakang aku kena ketuk….
p/s: Kepada sesiapa yang ingin berkahwin tetapi tidak
mendapat restu daripada ibubapa mereka, aku sarankan korang ambil kamera video,
dan rakam nyanyian korang…mesti lagu ombak rindu tau hehehe….. buat solat istikharah!!!
No comments:
Post a Comment