Jika anda seorang yang tidak romantik, maka anda tidak layak
menjadi ibu bapa…
Itu bukan kata aku…tetapi berdasarkan kajian yang dilakukan
oleh penyelidik di University of Bristol, Abigail Millings. Menurut beliau,
apabila seseorang itu romantik, dia akan peka dan bertanggungjawab terhadap
pasangan, dia akan sensetif dan sanggup untuk memberikan pertolongan.
Sumber: Berita Harian
Jadi kepada sesiapa yang masih belum berkahwin lagi, jom semak sama anda romantic atau tidak…. Berikut adalah perkara-perkara romantik yang boleh anda ikut…sebenarnya ada banyak…tetapi ingat, Ini bukan cara aku tau, sebab aku tidak romantic hehehe
1. Menikmati pemandangan indah matahari terbit dan
terbenam bersama-sama….. Secara tidak langsung
anda akan bangun awal pagi semata-mata
untuk melihat matahari terbit… tidaklah tertinggal solat subuh lagi heheh
2. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup
sekadar dia merasakan anda tidak melupakannya.. Apabila hari jadi dia, anda beri
hadiah kepadanya…apabila hari jadi anda pula, dia turut memberi hadiah kepada
anda…. Apabila ada sekali dia terlupa hendak memberi anda hadiah hari jadi,
anda ungkitlah yang anda telah memberi hadiah hari jadi kepadanya hahah
3. Menyanyikan lagu cinta untuknya…. Kalau boleh anda
buat sekali video Gwiyomi…. Pasti dia akan tersenyum. Ingat!!! Perempuan suka
lelaki yang kelakar!!! Heheh
4. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di
dalam bukunya tanpa disedari… Apabila dia membaca nota itu, pasti dia akan tersenyum
mengingati anda…
Harap anda dapat mengikut tips-tips romantik ini....heheh
p/s: Tetapi aku selalu tengok, lelaki hanya romantik ketika
hendak mengorat je… apabila gadis itu sudah menjadi isterinya, sifat
romatik itu automatik hilang….jadi lebih baik tidak romantik sebelum kahwin,
dan romantic selepas kahwin heheh