nak ikut.....

Monday, May 13, 2013

Tembak Menembak!!!


Apa perasaan anda apabila membaca surat khabar hari ini?

Gembira?? Sedih?? Takut?? Serabut??

Bagi aku, aku rasa pelik dan takut…. Kenapa?

Cuba anda selak surat khabar hari ini, atau hari-hari sebelumnya… Apa tajuk yang selalu main di dada akhbar?? Politik?? Yang itu sudah tentulah selagi ada yang tidak puas hati… Selain politik??

Aku perhatikan, akhbar sejak kebelakangan ini asyik memaparkan berita mengenai kematian disebabkan tembakan…. Banyak persoalan yang bermain di dalam fikiran aku….

a) Murahnya nyawa manusia sekarang..
b) Bagaimana mudahnya mendapat senjata api??
c) Adakah membunuh / menembak adalah penyelesaian terbaik??


Tetapi aku memang rasa takut untuk memandu sejak kebelakangan ini… lebih-lebih lagi kalau ada orang yang nampak macam pelik berhenti sebelah kereta… 

Sunday, May 12, 2013

Sumpahan SuperMan!!


Tadi aku terjumpa real Superman!!!

Aku tidak tipu!!!

Aku jumpa SuperMan ketika di lebuhraya PLUS…. AKu ingat dia datang untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya tadi….tapi tidak!!! Sangkaan aku meleset sama sekali….

Dan aku yakin kehadirannya tadi pasti di kutuk, dicaci, ataupun disumpah seranah….tidak seperti kedatangan Superman di dalam filem, ditunggu-tunggu dan disambut dengan sorakan…

Macam mana tidak dapat sumpah seranah….si superman itu datang dengan motor yang laju sambil baring di atas motor dengan kaki lurus ke belakang….bukan kah membahayakan diri dan orang lain??

Siap buka baju dan ikat dileher lagi….memang lagak macam superman… Aku yakin mesti ada yang sumpah seranah dia ketika memecut laju sepanjang lebuhraya PLUS tadi….

macam ni la aksi superman rempit tadi

p/s(i): Selamat hari ibu…terutamanya kepada ibuku, ibu angkat ku di pasir gudang dan ibu kepada anak-anak ku hahaha…

p/s(ii): Esok dah kena masuk kerja selepas seminggu berkursus….kena mula cari mood semula ni…

Thursday, May 9, 2013

Mata aku tersilap…


Minggu ini aku berkursus seminggu di Afamosa Resort…. Awal-awal lagi, rakan sekerja aku sudah pesan,

“Mesti kau penat berjalan nanti…”

Memang betul, aku penat berjalan sebab bilik penginapan dan dewan berkursus agak jauh… perlu berjalan sikit, tidak seperti hotel-hotel lain… itu sahaja lah kekurangan disini… Yang lain semuanya okay..



Aku berkursus disini mengenai keusahawanan, setiap hari cerita pasal duit, minda usahawan dan macam mana hendak menjadi kaya….

Dan malam ini, diadakan satu acara istimewa….dimana pihak konsultan (penceramah) membuat majlis makan malam dan persembahan silap mata…. Aku memang teruja….sudah lama aku tidak melihat persembahan silap mata betul-betul di hadapan aku…selalunya tengok kat TV sahaja..

Dan malam ini, memang mata aku banyak kali tersilap walaupun aku sudah membuka mata seluas-luasnya untuk memerhatikan helah tukang silap mata itu….tambahan pula ahli silap mata ini sangat kelakar….

Dan pertengahan persembahan silap mata itu, tukang silap mata bertanya,

“Ada sesiapa yang mempunyai soalan??”

Kedengaranlah ada orang menjerit, “Macam mana buat magic macam tadi??”

Tetapi aku pula jerit, “Macam mana nak buat magic dapat keluarkan duit, senang nak jadi jutawan”

Aku tidak sangka jeritan aku itu didengari oleh penceramah kursus keusahawanan yang duduk disebelah meja makan aku….

Dia hanya tergelak je…tak perlu aplikasi ilmu keusahawanannya....boleh dapat jadi kaya heheh

Dan yang seronoknya kursus keusahawanan ini ialah kami semua dapat tiket percuma untuk masuk Cowboy Town pada malam esok heheh

p/s(i): Selepas menghadiri kursus keusahawanan ini, aku terasa nak buat bisnes la….

p/s(ii): nanti aku muat naik video ahli silap mata tu…seronok sangat, tak kering gusi!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...