Sejak kelmarin, Negara kita telah dilanda jerebu terutamanya
Bandaraya Melaka dan negeri-negeri berhampirannya…. Ini adalah akibat daripada
pembakaran hutan di bahagian tengah Sumatera Indonesia
Disebabkan aku bekerja di Tangkak, iaitu kawasan sempadan
negeri Melaka…ia turut mengalami keadaan berjerebu…. Dan rupanya jerebu ini telah
menjadi alasan selamat kepada sesiapa yang datang lewat kerja atau kelas hari
ini….heheh
“Aku terpaksa membawa kereta dengan perlahan, sebab keadaan
yang berjerebu…. Tak nampak pandangan hadapan”, kata seorang pekerja dimana
punch cardnya berwarna merah hari ini hehe…
Sedangkan memang selalu pada hari isnin, kebanyakkan pekerja
akan datang lewat ke tempat kerja.. Betul tak?? Kononnya Monday blues…. Rasa
malas sahaja apabila sudah bercuti pada hujung minggu…
Dan pelajar juga boleh menggunakan alasan jerebu untuk
datang lewat ke kelas hari ini
“Saya sudah bangun awal tadi encik, tetapi apabila saya buka
pintu rumah untuk ke kolej…saya tengok keadaan samar-samar je… tidak jelas…saya
ingat saya bermimpi lagi, saya pun sambung tidur semula la encik”
Begitulah kreatifnya manusia…..ada sahaja alasan mereka hehe
cool juga kalau aku pakai topeng jerebu ni pergi kerja esok heheh
# Hari ini maxis memberi mesej secara percuma daripada 6
pagi hingga 12 malam kerana gangguan panggilannya… Sepatutnya setiap kali ada
gangguan panggilan, kita dapat mesej percuma la…bukan hari ini sahaja…..hoho..Jom
bermesej!!!!