nak ikut.....

Tuesday, September 17, 2013

Kenapa tukar nombor telefon?

Sejak awal tahun ini, aku ditugaskan untuk mengesan graduan-graduan kolej aku…..

Jadi langkah pertama adalah aku mengedarkan borang-borang pengesanan graduan untuk semua pelajar sama ada yang sudah habis belajar atau yang masih belajar…. Supaya aku ada satu data base yang akan memudahkan aku satu hari nanti…

Dan apa yang aku nampak, apabila setiap semester aku mengambil data daripada pelajar yang sama… Aku menyedari mesti ada berlaku perubahan…. Rupa paras pelajar sudah semestinya berubah, daripada kurus makin gemuk, daripada kemas semakin selekeh….maklumlah semester semakin bertambah, sudah menjadi senior la katakan….

Tapi yang aku bertambah hairan, setiap kali naik semester mesti kebanyakannya nombor telefon pelajar berubah… Kenapa ye? Aku kena buat siasatan ini….

Aku dari dulu kini dan selamanya nombor yang sama aku pakai…aku sudah pakai nombor ini sejak aku tingkatan 5 selepas SPM….maklumlah dapat telefon bimbit sebab dapat keputusan SPM yang okay…. kiralah dah berapa tahun aku pakai nombor ini tanpa ubah…. Nampak sangat aku orang yang setia kan?? Heheh Tapi mungkin aku akan tukar daripada line Maxis ke line lain kot heheh…. Tengah tinjau-tinjau….

Kenapa ye orang suka tukar-tukar nombor telefon?? Bukankah ia akan menyukarkan untuk orang menghubungi anda lebih-lebih lagi kalau anda ada membuat bisnes??


ni telefon pertama aku....agak-agak kalau bagi kat budak sekarang, ada yang nak tak?

#Kepada pelajar atau graduan Kolej Komuniti Ledang, Sila Like Page Alumni KKLEJ, mungkin anda adalah salah seorang graduan yang tidak dapat dihubungi

Monday, August 12, 2013

Guna ujian poligraf….

Sementara menunggu waktu Isya’, aku menonton la Buletin Utama…

Aku tertarik dengan satu isu yang di sampaikan iaitu ujian poligraf miliki ketepatan 98 peratus… Ia boleh uji sama ada seseorang itu berbohong ataupun tidak….


Bagaimana ia berfungsi?

Setelah aku melakukan sedikit penyelidikan dengan bertanya pada pakcik aku….pakcik Google… (ini aku tidak tipu ye hehe),Ujian poligraf adalah berdasarkan reaksi fisiologikal terhadap pertanyaan….

Faham tak?? Kalau tak faham, bermakna anda seorang manusia yang normal hehe…

Atau bahasa mudahnya, apabila seseorang itu berbohong atau mempunyai perasaan bersalah maka ia akan mempengaruhi kenaikan tekanan darah, denyutan jantung dan perpeluhan… Oleh itu, alat poligraf ini dapat mengukur dan merekod la tindakan tanpa kawalan anda ini…

Tapi aku rasa, alat ini tidak tepat kalau guna pada diri aku…kerana kebiasaannya apabila ada ujian kesihatan di ofis aku, secara automatik tekanan darah aku akan naik tinggi…. Betul!!! Sudah dua kali berlaku dimana sebaik sahaja ada jururawat yang hendak mengambil bacaan darah aku mesti akan terkejut dengan hasilnya…. Sampai kawan sekerja aku menyindir aku

“Berdebar jumpa jururawat muda la tu”

 Tapi aku rasa hendak cuba sekali la buat ujian poligraf ini…. Aku hendak buat dan tanyakan satu soalan ini…

“Betul ke awak cintakan saya??”

Heheh


#Aku rasa, ahli politik patut diwajibkan untuk menjalani ujian poligraf…bosan dengan politik kotor



#Sedikit info, alat poligraf pertama digunakan dalam perbicaraan makamah adalah pada tahun 1935

Thursday, August 8, 2013

Banyak ke dapat duit raya?

Sudah berapa banyak duit raya yang Berjaya di kumpul??

Aku?? Langsung tiada….kene beri duit raya adalah hehehe

Dan aku rasa, ada seorang budak, berumur dalam 3 tahun, di kampong aku ni paling banyak dapat duit raya…. Walaupun dia tidak ikut tips yang aku berikan dahulu, cara untuk mendapatkan duit dengan banyak…

Dia guna cara sendiri…dan aku rasa sangat berkesan….hehe

Nak tahu caranya??

Pagi tadi semasa solat sunat hari raya, ayah budak ini ditugaskan untuk mengutip derma semasa khutbah hari raya disampaikan…Maka ayahnya menjalankan tugas lah dengan menyalam setiap jemaah, baris demi baris dengan menghulurkan uncang duit untuk jemaah yang ingin menderma memasukkan duit ke dalamnya…

Dan apabila budak ini melihat ayahnya bergerak meninggalkannya, maka dia mengikut ayahnya juga…dan yang paling comel, dia mengikut setiap tingkah laku ayahnya dengan turut menyalam setiap jemaah yang sedang mendengar khutbah raya….

Disebabkan keletahnya yang sangat comel, aku perhatikan ada jemaah yang memasukkan duit ke dalam poket baju melayunya….agak ramai yang berbuat begitu…beruntung budak itu, mesti banyak duit raya yang diperolehinya….

Tetapi adik-adik, ingatlah hari raya bukan lah pesta untuk mengumpul duit raya….tetapi lebih besar hikmah dan nikmatnya…bersama-samalah kita menghayatinya…


ada tuan rumah yang guna dakwat kekal ke?? hehe

# Kepada adik-adik yang belum mendapat duit raya dengan banyak, boleh mengikut tips yang abg KJ berikan dulu hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...