Sebenarnya pada 5 dan 6 Mac yang lepas, aku baru saja
balik dari Bengkel Kejurulatihan di Taman Botanikal, Melaka.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkasakan
pasukan kepimpinan pelajar yang terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP) dan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRiSS).. Di sebabkan
aku penyelaras PRiSS dan rakan sekerja aku, En. Saifol penyelaras JPP…Maka kami
perlu turut mengiringi pelajar ke Bengkel Kejurulatihan tersebut.
Kami bergerak ke Taman Botanikal tersebut pada jam 9.00
pagi dengan bas kolej. Sampai sahaja di sana… kami perlu berjalan kaki lebih
kurang sejauh 100 meter kerana bas tidak boleh memasukinya… jalan agak sempit.
Ada yang terpaksa mengangkat toto, selimut dan sebagainya.
Sampai saja ditempatnya,kami diberikan sedikit taklimat mengenai
keselamatan….dan diteruskan dengan aktiviti pertama iaitu Sesi Pengenalan….
Mereka semua di minta untuk membuat satu bulatan besar, dan memperkenalkan diri
masing-masing dengan menggunakan pembesar suara… Disebabkan kebanyakan daripada
mereka adalah pelajar baru dan pertama kali kena berucap di hadapan orang ramai….Pelbagai
ragam dapat diperhatikan hehehe….. ada yang bercakap pandang langit saja, ada
yang menyorok belakang kawan, ada yang malu-malu…ada yang tidak kedengaran
suara walaupun sudah pakai pembesar suara… Mungkin ini pengalaman pertama
mereka….Harap selepas ini, mereka semua menjadi pemimpin yang berani
menyuarakan pandangan mereka….
Aktiviti diteruskan dengan sesi berkenalan antara mereka…mereka
dikehendaki berkenalan mengikut warna kegemaran, bulan lahir dan sebagainya…. Yang
aku tidak tahan apabila fasilitator memberi arahan berikut,
“Anda di minta duduk dalam kumpulan dan berkenalan
berdasarkan warna kulit anda”
Berkeliaran la mereka mencari kumpulan dalam masa yang
ditetapkan… ada yang mengaku putih, ada yang mengaku tidak hitam sangat….ada
yang mengaku hitam manis hehe
Selepas sesi tersebut, mereka di kehendaki membuat nama,
carta organisasi dan bendera kumpulan. Dan akhirnya dibenarkan makan, masuk ke
dalam bilik untuk meletak barang dan berehat.. Sesi seterusnya iaitu jungle
trekking dilakukan selepas solat zohor.
Apa yang menarik bagi aku mengenai jungle trekking ini
ialah ia berbeza dengan kem-kem yang pernah aku sertai sebelum ini….di mana
ketika sampai check point tertentu di dalam jungle trekking ni, fasilitator
meminta beberapa orang pelajar membuat pengucapan awam….. dan yang paling
seronoknya mereka perlu merentas kolam selut yang agak berbau…. Kebiasaannya,
kalau kem-kem lain….aku sebagai pensyarah pengiring terpaksa buat sekali
aktiviti tersebut…mujur kali ini aku ada alasan
“Erk saya tidak boleh masuk air tu, sebab saya pegang
kamera”
Laju je aku memberi alasan….hehe…Kalau dipaksa masuk pun,
aku akan berfikir panjang…fikir 1000 kali kot..sebab air itu agak berbau, sebab
sudah lama tidak musim hujan….jadi air itu bertakung disitu sahaja heheh
Kemudian diteruskan dengan aktiviti halangan (obstacle),
oh ni pun antara aktiviti yang aku suka…tetapi tidak banyak halangannya….pelbagai
gelagat dapat di perhatikan, ada yang jatuh….ada yang mengelat untuk bergayut… ada
yang tergelincir hehehe….. Dan dihujungnya, mereka semua direndam di dalam
kolam yang agak berbau hehe…. Aku yang berdiri 5 kaki dari pelajar aku pun
boleh bau yang “wangi” melekat pada mereka hehe…habis lah mandi nanti kena
sental badan bersih-bersih.
Aktiviti malam diteruskan dengan pembentangan carta
organisasi, bendera setiap kumpulan dan pengucapan awam…ia turut diselitkan
dengan kata-kata motivasi…. Dan hujung sekali, aktiviti yang ditunggu-tunggu…..iaitu
Night Walk….
Laluan yang perlu dilalui, tidak lah panjang mana….tetapi
sangat gelap dan hanya diterangi sinaran bulan sahaja…. Pelajar dilepaskan
secara seorang demi seorang….. ada yang sudah gerak tetapi patah balik… ada
yang mengaku lemah jantung lah…semput, dan sebagainya….tiba-tiba semua penyakit
keluar malam itu…. Pelajar dilepaskan dalam jarak 5-10 minit antara setiap
orang bagi melalui jalan yang gelap tu…. Yang bertambah menariknya apabila,
beberapa orang fasilitator menyorok di sebalik pokok sepanjang perjalanan itu
bagi mengacau…. Kami yang sedang menunggu untuk perlepasan ini, akan mendengar
la beberapa jeritan pelajar yang terlebih dahulu melalui jalan tersebut heheh….
Dan apabila semua pelajar sudah melalui jalan tersebut dan berkumpul di satu
tempat, aku dengar mereka bercerita dengan semangat kepada aku… ada yang
menangis…ada yang menjerit…ada yang berlari…ada yang sesat… dan ada juga yang
bersilat hehe…..tetapi bagi aku, Ini sebenarnya untuk menguji keberanian
pelajar tersebut
Malam itu berakhir disitu….aku melihat jam hampir 2.30
pagi….tetapi rupanya malam itu ada lagi satu tugasan baru…. Mereka perlu
berjaga secara bergilir-gilir bagi menjaga keselamatan semua… bagus juga idea
ini…kita boleh lihat, siapa yang mementingkan diri dan siapa yang sanggup
bertolak ansur…. Dalam keadaan kesemuanya kepenatan….
Keesokan paginya, dimulai dengan senaman pagi……dan
diselitkan juga dengan aktiviti “free fall”, di mana pelajar perlu menjatuhkan
dirinya dan disambut oleh rakan-rakan yang lain…. Disini, di tanamkan sifat
kepercayaan kepada rakan. Dan seterusnya adalah aktiviti Robot… di mana seorang
pelajar dalam setiap kumpulan akan ditutup mata, dan ia perlu menerima arahan
daripada ahli lain dalam kumpulan untuk sampai ke hujung laluan yang dipenuhi
dengan halangan…. Disini, pelbagai ragam lucu dapat dilihat hehe….
Akhir sekali, aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua
pelajar iaitu aktiviti paint ball…. Memang seronok…yang ni aku tidak lepaskan
peluang, walaupun aku pegang kamera hahah…. Inilah pengalaman pertama aku main
paintball….sangat seronok…dan lagi “seronok” apabila badan lebam-lebam hehe…
Itulah secara ringkas aktiviti semasa Bengkel Kejurulatihan….Rasa
tidak puas 2 hari 1 malam…