nak ikut.....

Saturday, April 5, 2014

Berjumpa Timbalan Perdana Menteri…

Hari Sabtu…..

Oh hari ini aku perlu bertugas sempena Pelancaran Program Islam Sepanjang Hayat (PISH) oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin di tempat aku kerja, Kolej Komuniti Ledang… Tetiba rasa bangga sekejap hehe

Untuk hari ini, aku tidak ada tugas yang khusus…sebab aku berperanan sebagai Jawatankuasa Kerohanian yang banyak fokus kepada majlis semalam di Masjid Jamek Ledang iaitu Bual Bicara Timang Tinggi-Tinggi…. Agak menarik bual bicara semalam ditambah pula dengan persembahan qasidah untuk majlis pembukaan…..

Dan hari ini, adalah sambungan daripada majlis semalam….iaitu hari pelancarannya…. Dan kebetulan, turut diundang sekolah-sekolah agama yang pernah aku mengajar kursus pendek dan rumah-rumah anak yatim yang kami pernah buat program disitu… Jadi adalah beberapa orang yang aku kenal terutamanya daripada Rumah anak yatim Ledang seperti Syed, Amirul, Hakim dan lain-lain…

Sempat aku berborak dengan mereka dan bertanya khabar…. Mereka siap tanya, bila aku hendak membuat program di tempat mereka lagi…. InsyaALLAH, aku memang merancang hendak membuat satu program dalam tahun ini di tempat mereka.

Dalam aku berborak-borak dengan mereka, mereka ada menyatakan keinginan mereka,

“Abang, kalau la saya dapat bersalam dengan TPM…”

“Jom, ikut abang”, aku mengajak mereka ke satu tempat.

Adik-adik tunggu je kat sini, InsyaALLAH TPM akan lalu sini…. Kebetulan aku sebagai tuan rumah, aku mengetahui laluan TPM dalam majlis itu….dan syukur TPM melalui laluan itu dan aku gembira apabila anak-anak yatim itu dapat bersalam dengan TPM….walaupun ramai orang bersesak-sesak…. Mungkin Allah permudahkan urusan anak-anak yatim tersebut… Dan Aku?? Aku tidak sempat bersalam dengan TPM….


Nota Kaki Kanan: Orang lain sibuk uruskan TPM hadir, aku pergi buka koperasi buat jualan hehe… Untung!!!!

Thursday, April 3, 2014

Timang tinggi-tinggi….

Timang tinggi-tinggi….

Pernah mendengar perkataan ini?

Aku rasa semua orang biasa mendengarnya terutama yang lahir sama pada tahun aku lahir… Biasanya ibu-ibu kita akan menyanyikan lagu ini semasa mendodoikan kita semasa kecil…

Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab..

Itu kalau ibu kita yang nyanyikan….tapi kalau ayah pula yang nyanyikan…bunyi lagu itu akan jadi lain sikit…

timang tinggi-tinggi
sampai cucur atap
sudah tak ada gaji
makan lauk kicap.


Heheh….tapi yang penting, apabila menyebut sahaja timang tinggi-tinggi pasti akan terlintas dalam fikiran kita mengenai ilmu… Maka esok (4 April 2014) pada jam 8.00 pagi bertempat di Masjid Jamek Ledang akan berlangsung satu Bual Bicara : timang tinggi-tinggi….. Sarapan pagi disediakan… Jadi jom ramai-ramai datang…..

Nota kaki kanan: Aku nak timang siapa tinggi-tinggi ye?

Nota kaki kiri: Pada 5 April 2014 ni, Timbalan Perdana Menteri; YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin akan datang ke Kolej Komuniti Ledang pada jam 8.00 pagi bagi majlis pelancaran pendidikan islam sepanjang hayat….tak sabarnya nak jumpa!!! Jom datang ramai-ramai



Wednesday, March 19, 2014

Mereka Istimewa

“Assalamualaikum KJ, kau boleh mengajar kursus pendek tak esok??”

“Waalaikumusalam....Kursus apa??”

“Kursus komputer… Kau ajar lah 3 orang lagi pensyarah….sebab ada dalam 40 orang, guna dua makmal komputer”

“Aku cuba cari pengajarlah kalau ada….tapi dia nak kursus apa?? Kursus komputer banyak..”

“Ini budak-budak sekolah sahaja…cikgu dia kata nak yang slide-slide je…ajar yang asas-asas”

“Kalau macam tu aku ajar powerpoint je la eh”

“Okay”

Keesokan harinya…. Hari dimana aku dan 3 orang lagi rakan sekerja perlu bertugas untuk mengajar kursus pendek…. Aku berpasangan dengan Puan Fadilah….tetapi aku yang kena lead kelas dan Puan Fadilah jadi assist….

Aku memang tiada masalah untuk mengajar kursus pendek kepada komuniti setempat, lebih-lebih lagi kepada pelajar sekolah…aku memang suka, sebab golongan kanak-kanak dan remaja ini aku senang hendak menarik perhatian mereka dan hendak berlawak….Aku tidak suka kelas yang terlalu serius…. nanti kejap sahaja sudah hilang tumpuan… Dan kali ini aku kena mengajar sekolah STMI…. Ada dalam 17 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring…. Dalam 17 orang pelajar itu, seorang pelajar perempuan…

Dan seperti biasa, sebelum aku memulakan kelas, aku cuba mengenali audiens aku…. Umur dan karakter mereka…supaya aku boleh selaraskan dengan gaya penyampaian aku….

“Berapa umur ye….kalau dari rupa….abang boleh panggil sebagai adik”, tanya aku…

Maka, riuhlah kelas itu dengan suara pelajar-pelajar tersebut yang memaklumkan umur mereka…

“Okay-okay siapa paling tua? Berapa umur?”, tanya aku

“21 tahun”, kata seorang pelajar sambil mengangkat tangan

“Aik….umur 21 tahun? Paling muda pula??”, tanya aku lagi

“13 tahun”, jawab seorang pelajar yang paling kecil

“Kalau macam tu, umur abang 12 tahun”, balas aku selamba.

Kelas menjadi riuh dengan gelak tawa mereka. Dan dari situ aku mendapat tahu, yang aku boleh menarik perhatian pelajar-pelajar tersebut…..

“Okay…boleh kita mulakan kelas?”

“Boleh”, sahut mereka bersama

“Tapi kita nak belajar apa?? Word?? Excell?? Power Point?? Video??”

“Belajar gamela abang”, jawab seorang pelajar.

Aku tergelak….. Seronoknya kalau aku dapat jadi Pensyarah Game heheh

“Game mana boleh…Kita belajar powerpoint eh…..”

“Okay abang”

“Mula-mula tekan menu start…kemudian cari aplikasi powerpoint”

Tetiba seorang cikgunya datang menghampiri aku……

“Encik, sebenarnya pelajar-pelajar ini tidak tahu membaca….mereka lemah dalam pembelajaran seperti menulis, mengeja, mengira dan sebagainya….walaupun mereka dari luar nampak normal sebenarnya mereka banyak kekurangan….yang encik cakap powerpoint, menu start mereka tidak faham”

Aku rasa seperti dipanah…..serius aku tidak nampak mereka mempunyai kekurangan…aku nampak mereka semua sempurna……dari awal masuk kelas, mereka hormat pada aku….berminat untuk belajar dan memberi respon….

“Sebab itu kami semua ada….sebab kalau kami tiada mereka akan menjadi pasif dan diam sahaja”, sambung cikgu itu lagi

Selepas itu, aku mengubah cara pengajaran aku….dan Alhamdulillah pelajar-pelajar tersebut dan cikgu-cikgunya berpuas hati dengan apa yang aku ajar….Walaupun, kali ini aku tidak dapat melihat komen peserta kursus aku dari borang kaji selidik sebab mereka semua tidak pandai menulis…tetapi dari segi tindakbalas mereka aku faham masa 4 jam perjalanan kursus itu tidak mencukupi bagi mereka…. Aku harap dapat mengajar mereka dalam kursus yang lain…Aku rasa sangat seronok mengajar mereka.


Nota kaki kanan:  Walaupun mereka mempunyai kekurangan, tetapi mereka mempunyai adab-adab ketika menuntut ilmu. Itulah keistimewaan mereka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...