Hari Sabtu….
Jam 6.00 petang…
Waktu dimana kebiasaannya aku akan pergi ke pasar malam jasin….dan
minggu lepas aku membeli jagung cawan yang di tambah susu…sangat sedap dan
layanannya sangat bagus….dan aku terfikir untuk membelinya lagi pada hari ini..
Aku sampai di bahagian orang yang menjual jagung tersebut….tetapi
orang lain yang menjaganya…. Aku meminta jagung cawan susu….dan orang tersebut
membuatnya, tetapi jauh berbeza layanannya dengan orang yang menjaga minggu
lepas….kalau minggu lepas, sangat ramah dan sentiasa tersenyum…tetapi yang hari
ini, senyumannya sangat mahal…masam mencuka sahaja….
Dia membubuh jagung tersebut dalam cawan dan terus tutup penutupnya dan bubuh di dalam plastic… Aku mengulangi pesanan aku sebab aku melihat dia
tidak membubuh langsung susu cair
“Saya hendak jagung susu”
“Sudah bubuh”, balasnya. Walaupun realitinya aku lihat
daripada mula sehingga habis proses membuatnya, tiada susu dibubuhnya…takkan
aku hendak bayar extra 50 sen tetapi tiada susu??
“Kalau macam tu, bubuh lebih sikit susulah”, aku membalas
supaya susu dibubuh juga…
Dia terus membubuh susu dengan muka yang masam. Aku bukan
seorang yang cerewet, tetapi itu adalah hak pelanggan… Dan kebiasaannya,
perniagaan yang maju bukan semata-mata kerana produk sahaja….termasuk juga
khidmat pelanggan….Itu yang biasa aku tekankan kepada pelajar-pelajar aku…
Nota kaki kanan: Kepada sesiapa yang ingin membeli susukambing, boleh menghubungi aku atau melalui Koperasi Kolej Komuniti Ledang.
Nota kaki kiri: Esok bermulalah Pertandingan Badminton
Piala Ketua Program…. Siapakah yang menjadi bergu pertama menjuarai Piala Ketua
Program ini….Nantikan!!!