“Saya cuba tinggalkan tabiat merokok lepas raya ni”
Itu ‘janji’ pelajar aku kepada aku…..Selama sebulan dalam
bulan ramadhan, dia telah melatih dirinya untuk mengurangkan bilangan rokok
yang dihisap satu hari…mudah-mudahan dia sudah Berjaya meninggalkan terus
ketagihan terhadap rokok selepas puasa…. Biasanya bagi pelajar, rokok-rokok
yang murah menjadi pilihan seperti John…itu yang aku tahu dan biasa tengok
pelajar aku hisap la….
Kita sama-sama doakan sebab ia berubah ke arah kebaikan…..Dan
aku tengok dan aku rasa sendiri…..Kalau sepanjang bulan ramadhan kita mudah je membuat amalan kebaikan seperti bertadarus,
kurangkan umpatan dan bergosip, perbanyakkan amal ibadah seperti solat
berjemaah… tetapi kenapa apabila Raya je….kita kembali kepada keadaan asal…seperti
sebelum bulan puasa..yup, syaitan sudah kembali bebas!!!
Dan iman kita senipis kulit bawang….ada pasang dan
surutnya….tetapi kita cuba berazam untuk sentiasa istiqamah….benda yang baik
cuba diteruskan, benda yang kurang baik ditinggal-tinggalkan….
syaitan akan cuba menggoda kita 24/7
Nota kaki kanan: Jom puasa enam, sesungguhnya dengan
puasa enam selepas sebulan berpuasa di
bulan Ramadhan, ia umpama puasa sepanjang tahun.
Nota kaki kiri: Aku kena berkursus selama dua minggu di
Utara (UUM), ada sesiapa di sana yang nak ajak aku beraya di rumahnya?? PM aku
di Facebook hehee
Nota tangan kanan: Menikmati cuti dengan sebaiknya!!
Nota tangan kiri: Pelajar aku confirm terperanjat baca pasal rokok 'favourite' mereka di SINI