Anda pernah kena tegur sebab bau badan yang busuk?
Anda pernah menegur orang sebab bau badannya busuk?
Sebenarnya, bagaimana cara terbaik untuk menegur
seseorang yang badannya berbau busuk?? Tak nak lah sampai orang tu tersinggung
atau terasa hati dengan kita…. Bagaimana ye??
Alkisahnya, entri ini tercipta sebab kejadian pagi
tadilah…..rakan sekerja aku ada bau sesuatu yang kurang menyenangkan pada
seseorang….tetapi akibat kesangsian dan ketidakpercayaan pada hidungnya, dia
boleh pulak menyuruh aku pergi ke individu tersebut… dengan menggunakan kuasa
hidung aku yang macam serombong kapal…aku pun terbau benda yang sama….kembang
kempis hidung aku…. Tapi aku tak sanggup atau bahasa betulnya aku tak pandai
nak bagi tahu tanpa menyinggung perasaannya….
Bagi aku senang kalau kita nak menegur kawan baik, sebab
kawan baik ini biasanya tak kan tersentuh dengan kata-kata kita….sebab kita
biasanya boleh pukul tampar…..makan sepinggan…kongsi rahsia… kiranya sentiasa
bersama…jadi teguran kita tu adalah untuk kebaikannya….
Tapi masalahnya sekarang, bagaimana nak menegur kawan
biasa…..yang jarang-jarang kita bercakap atau orang yang baru kita kenali?? Tak
kan nak terus kata “Awak Busuk!!!”…Silap-silap ada yang makan penampar buaya
nanti hehhe…..
Tapi apabila aku tanya dalam group wassap aku….macam-macam
idea dicadangkan
“Bagi deodarant”
“Buat macam iklan tak nak merokok tu…tutup hidung sambil
libas-libas tangan”
“bawa dia pergi supermarket tempat test minyak wangi…sembur
kat dia….jadi dia tak terasa”
“Buat-buat tanya….ada bau pelik tak? Kalau dia sudah
tersedar….dia faham-faham sendiri”
Macam-macam cadangan dikeluarkan….tapi kalau dia bestfriend
aku…aku cakap je “Awak Busuk!!!”
Nota kaki kanan: Lebih baik badan berbau busuk daripada
busuk hati
Nota kaki kiri : Apa perasaan anda apabila sedang tengok cerita seram seperti INI....tetiba bau busuk muncul menusuk hidung anda?
Nota tangan kanan: Jika anda tidak mahu bau busuk tetapi mahu bau asap motor lumba...Jom join GAME ini.
Nota tangan kiri: tiada masalah yang tidak boleh diatasi. Cuba tengok INI