nak ikut.....

Friday, October 17, 2014

Setiap semester ada kisahnya…

Semalam, berakhirlah sudah peperiksaan akhir kelas aku, Semester 4…. Selepas ini, mereka semua akan merantau seluruh tanah air untuk praktikal dan bekerja, mungkin juga ada yang akan menyambung pelajaran….akan melihat dunia sebenar yang penuh cabaran dan dugaan…. Adakah akan bekerja dalam bidang yang mereka belajar, atau beralih arah menukar angin…

Isnin depan mereka ada rombongan unit ke Perak selama dua hari satu malam….tetapi aku tidak dapat menyertainya kerana ada bengkel di Penang….Kira semalam hari terakhirla aku berjumpa mereka… dan semalam rezeki mereka, ada yang belanja pizza….tetapi bukan akulah heheh…aku hanya tumpang makan je…terima kasih hamba Allah tersebut (tidak dibenarkan umum nama)…..

Dan semalam juga, sesi bergambar, bersalam dan luah perasaan… ini yang bab aku sangat terharu….

Tiada yang dapat membanggakan seorang pensyarah, melainkan melihat anak didiknya Berjaya… kata-kata terima kasih yang diungkapkan oleh mereka semalam sangat mengharukan aku….. (mesti ada yang potong bawang dalam ofis aku semalam)

Aku hanya mendoakan mereka semua Berjaya di luar sana…Jika lepas ini nak tanya apa-apa, hanya hubungi sahaja….dunia tanpa sempadan sekarang…ada wechat, wassap, facebook, instagram dan lain-lain



Setiap semester ada kisahnya…setiap pelajar ada ragamnya!!!


Nota kaki kanan: Semua orang adalah pendidik….ada juga benda yang aku belajar daripada pelajar aku….

Nota kaki kiri: Adakah anda seorang yang kreatif? Kalau ya jom klik SINI . Jika anda ingin menyambung pelajaran dalam bidang pastri, akauntansi, automotif dan servis penyejukan dan penyamanan udara, jom daftar di Kolej Komuniti Ledang

Nota tangan kanan: Anda rasa artis Malaysia mana yang paling penakut dan jerit macam pontianak? Klik SINI kalau nak tahu..

Wednesday, October 15, 2014

Awak Busuk!!!

Anda pernah kena tegur sebab bau badan yang busuk?

Anda pernah menegur orang sebab bau badannya busuk?

Sebenarnya, bagaimana cara terbaik untuk menegur seseorang yang badannya berbau busuk?? Tak nak lah sampai orang tu tersinggung atau terasa hati dengan kita…. Bagaimana ye??



Alkisahnya, entri ini tercipta sebab kejadian pagi tadilah…..rakan sekerja aku ada bau sesuatu yang kurang menyenangkan pada seseorang….tetapi akibat kesangsian dan ketidakpercayaan pada hidungnya, dia boleh pulak menyuruh aku pergi ke individu tersebut… dengan menggunakan kuasa hidung aku yang macam serombong kapal…aku pun terbau benda yang sama….kembang kempis hidung aku…. Tapi aku tak sanggup atau bahasa betulnya aku tak pandai nak bagi tahu tanpa menyinggung perasaannya….

Bagi aku senang kalau kita nak menegur kawan baik, sebab kawan baik ini biasanya tak kan tersentuh dengan kata-kata kita….sebab kita biasanya boleh pukul tampar…..makan sepinggan…kongsi rahsia… kiranya sentiasa bersama…jadi teguran kita tu adalah untuk kebaikannya….

Tapi masalahnya sekarang, bagaimana nak menegur kawan biasa…..yang jarang-jarang kita bercakap atau orang yang baru kita kenali?? Tak kan nak terus kata “Awak Busuk!!!”…Silap-silap ada yang makan penampar buaya nanti hehhe…..

Tapi apabila aku tanya dalam group wassap aku….macam-macam idea dicadangkan

“Bagi deodarant”

“Buat macam iklan tak nak merokok tu…tutup hidung sambil libas-libas tangan”

“bawa dia pergi supermarket tempat test minyak wangi…sembur kat dia….jadi dia tak terasa”

“Buat-buat tanya….ada bau pelik tak? Kalau dia sudah tersedar….dia faham-faham sendiri”

Macam-macam cadangan dikeluarkan….tapi kalau dia bestfriend aku…aku cakap je “Awak Busuk!!!”


Nota kaki kanan: Lebih baik badan berbau busuk daripada busuk hati

Nota kaki kiri : Apa perasaan anda apabila sedang tengok cerita seram seperti INI....tetiba bau busuk muncul menusuk hidung anda?

Nota tangan kanan: Jika anda tidak mahu bau busuk tetapi mahu bau asap motor lumba...Jom join GAME ini.

Nota tangan kiri: tiada masalah yang tidak boleh diatasi. Cuba tengok INI

Tuesday, October 14, 2014

Ingin menjadi kaya?

Sejak kebelakangan ini, email aku, wechat, facebook dan lain-lain sering dilimpahi dengan undangan untuk menjadi kaya…

Mudah sangat ke menjadi kaya?? Siap ada yang bagitahu dengan yakin dalam masa 7 hari boleh menjadi OKB….orang kaya baru….

Aku ni memang susah percaya sikit…..sebab aku pernahlah juga membaca buku-buku autobiografi dan motivasi orang-orang kaya Malaysia seperti Irfan Khairi, Tan Sri Mokhtar al-Bukhari dan lain-lain….hampir semua mereka kata, tidak semudah itu untuk menjadi kaya…..

Dan yang aku peliknya, hari-hari post duit masuk dalam akaun bank….siap tebal-tebal ikatan duitnya…sambil membuat simbol bagus (macam kacang Cap Tangan Ngan Yin )…bukan aku irihati….tapi aku bangga rakyat Malaysia ramai yang kaya raya…..tapi aku peliklah dengan beberapa perkara….anda semua pelik juga tak?



Pertama sekali, kalau seseorang itu sudah kaya….adakah dia akan mengajar orang lain untuk kaya?? Kebiasaannya orang akan diam kalau dia tahu cara pantas nak kaya….melainkan hati dia sesuci murni seputih kain kapan….betul tak? Kalau ada, Alhamdulillah!!!!

Keduanya, adakah anda pernah nampak orang-orang kaya Malaysia seperti Robert Kuok, Ananda Krishnan ataupun Tan Sri Mokhtar al-Bukhari bergambar dengan duit tebal-tebal? Siap baring atas duit-duit mereka?? Aku dah cuba Google tapi tak jumpa pula hehe… Tapi kenapa OKB banyak bergambar dengan duit?



Ketiga, Betul ke dalam masa Sehari boleh dapat RM 1000, Seminggu RM7000, dan Sebulan RM30000 ??…Aku hanya pandai matematik je….jadi biar aku kirakan maka setahun lebih kurang  RM 365 000?? Betul tak?? Okay-okay kita tolak hari cuti dan hari MC ketika sakit….katakan ambil lah RM 300 000…. Maka hukum logik akal dan rumus tambah tolak darab dan bahagi tidak termasuk logarithma dan eksponen….tahun ketiga sudah menjadi jutawan?? Wow pakcik kaya!!!! Amin….boleh pergi umrah balik hari ini…..

Jadi aku nak nasihatkan lah kepada sesiapa yang terniat secara sengaja atau tidak untuk add facebook atau wechat aku (guna kaedah shake atau people nearby) dan promosi program Jom Kaya Segera tu…hentikanlah…. Aku akan block….tetapi kalau ada sesiapa yang nak betul-betul bincang pasal dunia usahawan dan bisnes… digalakkan lah add aku…boleh kongsi-kongsi pengalaman…..


Nota kaki kanan: Biar kita miskin di dunia tetapi kaya di akhirat…Jangan nak cepat kaya di dunia, kita menipu dan menganiaya orang lain

Nota kaki kiri: Nak dapat duit cepat? Jom join INI

Nota tangan kanan: Bila la aku boleh dapat lagi satu payung Petronas ni...Kat SINI kata boleh redeem
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...