nak ikut.....

Saturday, November 1, 2014

Jadi pedoman

Eh hari ini sempat pula aku membuat dua entri hehe

Sebenarnya aku nak sangat kongsi cerita ini, aku tak ingat di mana aku baca….tapi diharap ia menjadi pedoman

Alkisahnya, suatu hari seseorang telah menyebar fitnah dan memburuk-burukkan nama seorang bangsawan. Kemudian, dia datang kepada bangsawan itu untuk meminta maaf kerana menyesal di atas apa yang sudah terjadi…

“Aku janji tidak akan mengulanginya lagi…Katakan apa sahaja yang aku perlu lakukan bagi menebus kesalahan ku”, kata orang itu

“Tidak ada apa-apa”, kata bangsawan itu

“Pasti ada yang boleh aku lakukan”, paksa orang itu

“Disebabkan kamu mendesak aku juga, maka bawakan aku sebuah bantal bulu”

Orang itu segera pergi dan kembali dengan membawa bantal bulu bagi menebus kesalahannya

“Sekarang apa aku perlu buat?”, tanya orang itu

“Berdirilah di tengah jalan dan bukalah bantal itu”, terang bangsawan itu

Orang itu melakukan apa yang diperintahkan. Bulu-bulu dari bantal itu keluar dan terbang ditiup angin

“Jadi kau sudah maafkan aku?”

“Belum….kemudian kumpulkan bulu-bulu itu semula dan masukkannya ke dalam bantal kembali”

“Tetapi itu tidak mungkin, bulu-bulu itu sudah terbang jauh”

“Demikian juga dengan apa yang telah engkau lakukan kepadaku…Beritanya sudah tersebar luas dan sekarang engkau tidak dapat membersihkan namaku yang telah tercemar”kata bangsawan itu

Nota kaki kanan: walaupun tengok bola di hadapan TV di rumah sahaja, tetapi semangat pakai baju merah biru heheh….hidup JDT!!!


Nota kaki kiri: aku nak cuti je sebenarnya heheh

Mengapa aku sokong JDT?

Gajah!!!

Harimau Selatan!!!!

Ramai orang sudah demam…… Gajah ke Harimau Selatan nak dilantik menjadi Raja?? Hehe

Baiasalah….Malam ini kan Perlawanan Bola Piala Malaysia 2014 akan berlangsung…. Antara Pahang dan Johor Darul Takzim…. Aku sokong mana? Dua-dua bukan negeri kelahiran aku…tetapi kedua-duanya dekat di hati aku…

Pahang merupakan tempat aku belajar semasa zaman matrikulasi dulu….iaitu Kolej Matrikulasi Pahang dan Johor pula tempat aku belajar zaman Universiti iaitu UTM dan tempat aku bekerja sekarang… Jadi dua-dua aku sokong, bukan sebab lalang eh hahah…tapi untuk malam ini….aku nak sangat JDT menang!!!

Kenapa??

Sebab aku dengar, kalau JDT menang….akan dapat cuti hehe….kalau dapat cuti, bolehlah aku balik KL, sambung celebrate my birthday lagi hehehe…..

Dan tadi aku dapat mesej dari pembekal yang aku sudah berjanji nak berjumpa dengannya esok

“assalamualaikum encik, nak tanya kalau JDT menang esok, johor cuti ke? Kalau cuti pun esok boleh tak kita jumpa sekejap…sebab saya dari JB ni heheh”

“waalaikumusalam, mudah-mudahan JDT menang…boleh saja jumpa sekejap hehe”, balas aku

Cuti-cuti pun masih kena fikir pasal kerja….Bila la dapat pergi Cherating ni? Tiket sudah ada!! Tarikh je tak tahu lagi….

dua-dua sedap!!!



Nota kaki kanan: Sudah lama tak tengok bola di stadium…. L

Friday, October 31, 2014

Kisah Hari Jadi Aku

Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini untuk terus berbakti…

Dan hari ini, adalah hari lahir aku yang ke…… masih lagi 2 series hehehe… terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan hari lahir kepada aku di Wechat, Wassap, Mesej, Facebook dan lain-lain…. Walaupun bangun sahaja pagi tadi tengok ada mesej yang menyakitkan hati ada orang tabur fitnah, tapi malas nak layan…. Sebab aku nak enjoy je pada hari jadi aku…

Terima kasih kepada rakan aku yang menyambut birthday aku awal seminggu minggu lepas….dia belanja aku Seoul Garden….dan semalam kejutan hari jadi daripada pelajar senior dan fasilitator hari suai kenal…. Memang rancang baiknya, tapi nasib baik tidak kena baling tepung macam tahun lepas…..tahun ni kena tonyoh kek kat pipi je….

Dan kebanyakan ucapan yang aku dapat, semoga cepat dapat jodoh….termasuklah ucapan dari Ibuku hehehe…aku Aminkan je….tahun ni, tahun kedua aku tak dapat lagi mesej ucapan dari ayah aku….aku suka baca mesej ucapan dari ayah aku sebab….mesej ucapannya yang selalu paling panjang heheh….Rindu Abah!!! Alfatihah….

Apa-apa pun terima kasih semua….. Katanya kek ini dari Medan…Tapi bukan Medan Indonesia la heheh


Nota kaki kanan: jangan menabur fitnah...sesungguhnya org yang menabur fitnah tidak akan masuk syurga...jangan nanti sampai merangkak untuk meminta maaf!!‪!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...