nak ikut.....

Tuesday, January 15, 2013

Jom menderma!!!


Alkisahnya,

Di tempat kerja aku, tiba-tiba aku telah di minta untuk menjadi pengarah program bagi Program Pengumpulan dan Derma Barangan Terpakai… Program itu akan berlangsung 26 Jan ini…tidak sampai dua minggu aku perlu merancang gerak kerja bagi memastikan program itu berjalan dengan lancar… Memang aku rasa agak tertekan, sebab aku kurang jelas dengan perjalanan program ini, masa terlalu suntuk untuk membuat program besar dan yang lebih penting, Majlis ini akan dihadiri oleh YB (Yang Berhormat)…hmmm Serammm!!!!

Dulu aku selalu nasihatkan pelajar aku, jangan mengalah sebelum mencuba… Jadi, tak kan aku pula hendak mengalah?? Apabila orang melantik kita, bermakna dia yakin bahawa kita mampu melakukannya….  Yeke?? Tapi kawan aku kata, aku telah di kambing hitam kan walaupun memang aku hitam manis (saja tambah perkataan manis di belakang hitam untuk menyedapkan hati sendiri heheh).. Bagi aku, kalau kita pandang dari sudut positif…kita nampak ia sebagai satu peluang ….

Tak kira la, apa yang hendak orang kata…yang penting program ini perlu berjalan… Jadi disini, kepada sesiapa sahaja yang ingin menderma barangan yang masih elok (seperti baju, mainan, perabut) kepada mereka yang memerlukan, bolehlah berhubung dengan aku di facebook. Dan kalau ada yang ingin menderma barangan dapur seperti minyak masak, beras dan sebagainya juga turut di galakkan..

Kalau dekat kawasan rumah, tempat kerja atau sekeliling ada barangan kitar semula (kertas, plastik dan tin) juga di terima.Hasil jualan akan diberikan kepada mereka yang memerlukan pada Majlis Penutup (26 Januari ini).Kalau yang berada di KL, aku akan balik KL hujung minggu ni…jadi boleh lah contact aku ye..Tetapi bagi mereka yang berada di tempat selain dari KL dan Tangkak, bolehlah menjual barangan terpakai itu...dan duit yang diperolehi, bank-in kepada aku hehe.

Aku dah siap mesej kat member-member aku di facebook terutamanya yang tinggal di KL, supaya mereka turut mengumpulkan barangan terpakai mereka hehehe....Alang-alang aku balik KL hujung minggu ni, aku angkat la barangan terpakai mereka itu balik ke Tangkak heheh...terima kasih ye... Bangga aku berkawan dengan korang.

Jadi kepada sesiapa yang ingin menderma, terutamanya masyarakat yang duduk berhampiran Tangkak, boleh lah contact aku, senang aku pergi ambil nanti hehhehe

p/s: "Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang dibawah (tangan yang menerima atau meminta)"


Tuesday, January 8, 2013

Aku pun tahu….


Petang tadi, aku tengok drama Melayu, Setia Hujung Nyawa…. Aku tidak puas hati dengan jalan cerita hari ini, aku rasa tertipu dengan pengarah….

Kalau sesiapa yang mengikuti drama itu, pasti mengetahui jalan cerita drama itu yang telah diadaptasi dari novel karya Fatin Nabila… Mari aku ceritakan secara ringkas sinopsisnya, manalah tahu ada pembaca blog ini yang tidak mengikuti drama itu

Secara ringkasnya, Zain Hakimi dan tunangnya, Sofea telah merancang perkahwinan. Namun begitu, Sofea telah melarikan diri ke luar negara di saat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu emak Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya demi menjaga maruah keluarga.


Akhirnya, Datin Adibah bertemu Ersalina Imani, yang merupakan anak kepada Haliza, rakan berpersatuan. Mereka berkahwin atas perancangan kedua-dua ibu mereka. Disitulah konflik berlaku, dimana Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Mereka mengambil masa lebih daripada sebulan untuk menyemai cinta dan bersedia untik menjadi suami-isteri dalam kata sebenarnya.

Dikala Zain berhasrat menyambut cinta Ersalina dan telah menerima isyarat untuk bersama, perkara aib yang disembunyikan oleh Haliza terbingkar apabila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar Ersalina disahkan keguguran padahal Zain tidak pernah "menyentuh" isterinya sebelum ini... Dan drama ini bersambung untuk ke esokkan harinya....

Terus aku berkata,

"Takkan lah perempuan ni tidak tahu dia hamil kot?? Kalau dah lebih sebulan tak datang bulan..."

Terus aku tak ada mood nak tengok drama ini, sebab aku dah datang bulan...hehe.. Jadi, aku ingin cari novel itu….mungkin aku lebih puas hati apabila membaca jalan ceritanya nanti hehehe.


p/s: Aku tahu lah juga pasal kitaran haid ni, dulu aku sangat suka subjek sains tingkatan 3 terutamanya bab pembiakan hehehe

Sunday, January 6, 2013

Emak aku ikut balik kampung!!!


Pagi tadi…perbualan diantara 3 orang anak beranak…iaitu emak aku, aku dan kakak aku

“Mama rasa nak ikut angah balik kampong la..”, emak aku tiba-tiba bersuara

“Eh kenapa pula”, aku kehairanan…

“Mama nak teman angah duduk kampong, takut angah bosan duduk rumah sorang-sorang nanti… kang teringat kat abah pula…”

“Ish tak payah lah ma, angah dah kerja esok nanti….busy la…bukan melekat kat rumah nanti bila dah ada student nanti”

“Betul tu ma, nanti ma pula bosan duduk sorang-sorang kat kampong bila angah pergi kerja”, balas kakak aku…

Aku mengangguk tanda setuju..

“Takpelah, nanti bila angah hendak pergi kerja, angah hantar la mama kat rumah maklong pagi-pagi tu…. Balik kerja, angah ambil balik la”, terang emak aku

“Ish dah macam hantar baby kat rumah pengasuh pula”, balas kakak aku

“Takpe, boleh angah praktis sebelum betul-betul ada baby nanti”

HAHHAH

mood kemalasan

p/s(i): Selepas Sembilan hari bercuti, rasa malas pula nak pergi kerja esok heheh… 

p/s(ii):Aku jangka Shila Hamzah menang juara lagu malam ni.....TAPI jangkaan aku selalu meleset hahha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...