nak ikut.....

Saturday, October 18, 2008

Jamuan Raya kerjasama Usahawan, MKB n senimas

Hari khamis lepas (16 hb oktober 2008), satu majlis jamuan hari raya anjuran kelab usahawan, majlis-majlis ketua blok (MKB) dan kelab senimas telah diadakan dengan bertemakan "Lebaran disambut,muhibah terpateri" pada jam 8.30 malam di dewan tun rahah dan dewan serbaguna KTR. Para jemputan diwajibkan memakai baju raya...Disebabkan aku tidak membawa baju raya @ baju melayu balik ke uTm, aku rasa macam malas je nak g majlis tu pada mulanya..tapi disebabkan aku dalam jkm sebagai pemantau MKB, dan Rustam selaku Pengerusi MKB telah menelefon dan mengajak aku supaya datang, terasa kesian plak nak kecewakan semua ahli MKB yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis tu...lagi pun pada jam 8 malam masa hari majlis tu aku lepak dengan syazrie..dia paksa aku pergi..siap suh pakai baju melayu dia lagi n kesudahannya aku pakai baju melayu dia yang berwarna hijau muda tu..smart gak r aku malam tu huhu....Aku tabik spring (toink...toink) pada rustam n lain2...memang bagus r....slalu org kata MKB x aktif sampai panas je telinga aku ni...bila apa2 je mesti MKB disalahkan....tp aku rasa bnyak gak MKB dah buat seperti Tea Corner, Sorem-51, Gegar Blok, Festar, Jalinan (sebagai peserta), dan banyak lagi...Aku harap Naib pengerusi blok JKM semester depan akan lebih giat membuat program dengan MKB sebab ketua2 blok semester ini sangat aktif...
Berbalik kepada program jamuan raya, aku rasa pengisiannya sangat bagus...ada game lagu raya hangit dan telinga kuali...sangat kreatif...selepas tue adalah majlis makan yang disukai... menu dia adalah lontong...kesian yati n miza terpaksa kongsi ayam....tu lah lambat huhu dan disini rasanya x terlambat aku mengucapkan "selamat ari raya" mohon maaf zahir dan batin..


Monday, October 13, 2008

Shah Rukh Khan dikurnia Datuk???

Aku mula dapat tahu berita ni masa aku dengar radio era...ada seorang pemanggil telefon si reza mengatakan dia bengang sebab dia baca paper n si shah rukh dapat gelaran datuk...aku berfikiran sama dengan reza..aku ingat si pemanggil tu x baca berita sampai habis kot...maybe shah rukh berlakon watak dato' utk filem terbarunya kot...tapi pemanggil tu menafikan...aku terus baca akhbar secara online nak memastikan kesahihannya...memang betul shah rukh khan dapat gelaran datuk disebabkan Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepadanya... entah r macam x bleh diterima akal je...dah x de org malaysia yg layak lagi ke???? Alasan yang diberikan ialah sumbangan Shah Rukh Khan mempromosi negeri melaka melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia...itu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk One Two Ka Four di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

aku x setuju langsung alasan yg diberikan....klu macam tu baik bagi pengarah filem tu gelaran datuk..dia yang tentukan tempat lakonan....n bersiap sedia la klu pas ni ramai pelakon luar yang nak berlakon di Malaysia sebab gelaran Datuk....

Thursday, September 25, 2008

Berbuka PuaSa di Payung Taman U....

Hari ni aku berbuka puasa kat payung Taman U bersama-sama ahli kelab penyayang yang lain (kena bayar)..aku makan nasi goreng pataya n air horlick...semua skali kena RM 6.00..ditambah dengan sate yg diblanja oleh kak as huhuhu..memang best r tadi...suka sakat korang....apsal x de nisa,taufik,nurul, wan n MT2 lain yerk...bz ker??

Pada masa yang sama pula, JKM juga membuat majlis berbuka puasa(percuma)...aku keliru n x tahu nak plih yg mana satu dan aku dah buat kputusan utk berbuka bersama ahli kelab penyayang...Sesampai di payung taman u, aku terjumpa dengan roni (pengerusi jkm)...kantoi la plak huhu aku jumpa la dengan dia dan borak2..tp tersentap gak bila dia kata, "aku x faham r dengan korang, bg makan free tp xnak"..

hurm..Kenapa yerk?? mungkin ada yang kata aku ni bodoh kerana x berbuka bersama jkm sebab percuma..ntah r...aku pun x tahu...hati aku lebih tertarik ke payung....mungkin sebab ikatan persahabatan kitaorg kuat...dan kitaorg mcm adik beradik...sampai aku rasa sedih je bila nak grad n tinggalkan UTM bersama-sama kelab penyayang...JKM pula akan bubar dalam 2 bulan lagi... n aku x rasa pun kesedihan yang sama n aku rasa semua jkm x sabar2 menunggu tarikh pembubaran tu (maaf klu aku tersilap), yela aku tgok ramai jkm yg dah x turun ke bilik jkm atau menyokong program member2 jkm lain...mungkin kat situ dah berlaku kesilapan....dan aku dapat tahu ramai jkm yg x turun program berbuka puasa tersebut....so apa kes??? aku harap JKM seterusnya dapat membentuk satu suasana supaya semua JKM seronok bekerja..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...