nak ikut.....

Friday, April 3, 2009

Test Bi tanpa ku duga…

Ish bengang r…manalah bleh buat Test tanpa bagi tahu terlebih dahulu…xadil la bg aku yang suka study last minute ni huuhu..pagi tadi…untuk subjek Bi – workplace communication telah diadakan test secara mengejut…dah lah aku pergi kelas lambat…kelas pukul 8 pagi, aku sampai pukul 8.15pagi….bukan aku saja2 datang lewat tau…tapi aku gigih siapkan invitation card untuk slot presentation…minggu lepas lecturer ni kata hari ni nak buat group presentation, jadi awal2 pagi lg aku dah gegarkan bilik boy untuk print invitation card tu…alih2 bila aku sampai kelas, lecturer buat test plak…dah lah kena buat minutes of meeting dari dialogue yang di sediakan….nak je aku buat2 pengsan depan kelas, x payah ambil test tu…huhu…ish mana bleh 20 % dari keseluruhan markah aku blajar bi semester ni…x dapat A la kalau aku x ambil test ni….nak tak nak terpaksa juga aku harungi test yang tak di duga ini….aku baca soalan dengan teliti…ish mana lah aku ingat format minit mesyuarat ni….aku pun usha budak sebelah…budak cina beb… mesti lancar je tulis….tapi sayang sekali dia pun tergaru2 kepala yang x gatal…takpe lah kalau salah format…just hilang 3 markah je…bermula dari detik itu aku mula menggoreng ayat…walaupun aku pakar dalam jurusan mengayat gurl tidak bermakna aku juga pakar membuat ayat dalam bi k..huhu…masa berlalu dengan pantas…jam menunjukkan tepat 9 pagi…ada plak seorang mamat ni dah siap n hantar kertas jawapannya….ish cepatnya dia buat…argh x kisah la…aku lambat sebab aku buat dengan cermat dan kemas…ayat yang biasa aku guna untuk tenangkan hati aku…tapi tangan aku dah mula menggigil.. bukan sebab pnykt Parkinson k…tapi sebab gemuruh mengejar masa….sebenarnya masa tamat test ni 9.50 pagi…sesiapa yg dah siap bleh hantar n keluar…satu persatu orang keluar..dan akhirnya aku berjaya menyudahkan test tu…tapi aku menjadi orang terakhir siap…aku siap pukul 9.45pagi…kira masih awal gak k huhu…walaupun test tu mengejut..tapi aku puas hati dgn jawapan yg aku tulis…harap2 dapat A..

TALENTIME…sebuah filem yang amat menarik..

Aku dan Boy telah pergi menonton filem TALENTIME arahan Yasmin Ahmad pada hari kedua tayangannya (27 Mac) di City Square Johor Bahru..walaupun hujan turun di tengah2 perjalanan, kami tetap teruskan perjalanan menuju ke destinasi…dengan menaiki motor buruk kesayangan aku tu…gigih tak kami??Sesudah sampai di CS, kami terus membeli tiket wayang…agak terkejut gak..tidak ramai orang pada waktu itu…dan sambutan untuk filem ini agak hambar…boleh di hitung dengan jari bilangan penontonnya..Agak sedih lah filem yang berkualiti seperti ini tidak dihargai…

Seperti biasa, aku tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk filem Malaysia…takut nanti aku mengalami kekecewaan seperti aku menonton filem “Sayang…You can dance”…Hampeh!! Tetapi filem Talentime ini lain…sangat berkualiti..aku sangat puas hati dengan jalan ceritanya…sehingga mak cik yang duduk di sebelah aku menangis teresak2…aku plak hampir menangis..itupun kalau plot cerita dekat nak ending tue di panjangkan….memang tersentuh perasaan..Untuk filem ini, aku bagi 9 bintang daripada 10.. memang rugi sape2 yang tak pergi tengok…lakonan setiap pelakon amat berkesan…nak tahu jalan ceritanya??pergilah menonton di wayang berdekatan dengan anda yerk…Selamat menonton!!

Aku hampir menangis kat part nie....huhu

Saturday, March 14, 2009

MATR’08…Satu malam kenangan

Lambatnyer aku update blog pasal Malam Anugerah Tun Razak 2008 (MATR’08) ni.. bukan apa..agak bz la kebelakangan ni…Sori la yerk…Apa yang aku nak citer pasal MATR ni yerk??..secara keseluruhannya…kurang best dari tahun lepas..sori yerk ajk yg dah bertungkus-lumus…aku tetap menghargainya…ish bukan aku sorang je cakap..ramai yang cakap…agak hambar dan bosan..sebab??pemilihan MC yang x tepat…aku rasa macam nak blah je awal…tapi rugi r…aku dah pakai smart2 malam tu…siap boy pergi buat rawatan kaki lagi utk MATR tau huhu….Tapi aku tabik spring pada semua persembahan malam tu…superb beb…dari pembukaan sampai la penutup…siap ada gimik lagi dari pelajar yang mewakili 3 kaum iaitu cina,melayu dan India…aku Cuma sangsi yang India tu….cam lembut je…x kisah la…janji dia happy…lagi satu..asyik2 zapin dari budak sekolah rendah…masuk ni dah 3 majlis ambil diorang…comey memang la comey..tp korang x bosan k???x kisah la…benda dah lepas…MATR kali ni dirasmikan oleh ADUN Nusajaya, Datuk Abd Aziz B Hj. Sapian…Gempak beb…dah la tema malam tu warna hijau..siap Datuk tu bleh buat lawak plak masa berucap…”saya gerun lah warna hijau ni.., nasib baik tak ada bulat putih kat tengah2”..huuhu..tahu takut…lagi satu aku kesian dengan Datuk ni…terpaksa naik turun pentas berulang kali…aku kira dekat dengan 10 kali..mcm x ada perancangan je..selepas menyampaikan anugerah…datuk tu balik ke meja makan dia…baru nak duduk kena sampaikan anugerah yang lain plak…isk kesian la Datuk tu..x dapat makan dengan tenang..lgpun beLiau dah berumur!!huhu


Yang aku paling tak puas hati adalah makanan dia…dah la aku duduk meja VIP sebelah meja ngan pembantu2 Datuk tu…Ayam yang disediakan teramatlah sejuk…macam baru keluar dari peti ais…ish think positive KJ…maybe aircond dewan tu sejuk sangat kot..uish..Minuman plak…xyah lah cakap…lambat gler serve kat meja kitaorang…tu pun selepas aku g jumpa Haida, ketua ajk makanan…dia memang kamcing dengan aku…pas ckp terus sampai air…thanx haida!!Macam mana lah kat meja datuk tu eh…harap2 dapat layanan yg baik…tidak memalukan U n kolej aku ni…

Walau apa2 pun, malam tu menjadi kenangan kepada aku…apabila aku menang satu anugerah…ANugerah Kepimpinan Terbaik Siswa…dan buat pertama kali nyer aku menang hamper utk cabutan bertuah….no. nyer 019 iaitu cabutan yg terakhir huhuhu.. Bawah ni ada lah beberapa gambar yg sempat aku snap…rugi klu x snap…sebab pakai smart2 ni….jgn jeles yerk

Ayam yg sejuk...tapi licin gak huhu

aku ngan roy..Sape lagi ensem???huhu

3 anak dara yg dah pandai bermekap...huhu

Lakonan cuba mempengaruhi juri...tapi kalah gak utk king n queen of d night huhu

model tangga...boleh k???

Aku bersama kak long...ada orng jeles aku bergambar dgn kak long ni huhu

Aku bersama kak ngah..sama plak warna baju...xrancang k huh

Aku bersama Pian...kesian dia penat n tensen jadi AJK MATR ni huhu

aku ngan wan..muka ko garang r mat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...