nak ikut.....

Saturday, August 15, 2009

Esok…Segalanya…

Selama 4 tahun pernantian…dan esok ia muncul….x sangka dapat juga aku graduat on time… rasa berdebar plak…dah lah aku x pergi sesi raptainya…x tahu apa kena buat…lantak lah apa jadi esok.. heheh Aku akan bertolak dari rumah pagi2 esok kerana aku punya sesi konvokesyen adalah sebelah petang (2pm – 5 pm)…kerana ada perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu…maaf kwn2 kerana x dapat trun awal…bukan sengaja…atau takut kena blanja korang…tapi ada hal yg x dapat dielakkan…harap2 perjalanan esok semuanya berjalan lancar…lepas sesi konvo…aku terus balik…sebab hari isnin pagi aku ada hal lain yg perlu diselesaikan juga….maaf sangat2…..apa2 pun congratulation kepada kawan2 semua dan harap dapat jumpa esok ya….
p/s: hp aku rosak…x dapat trima msj…kena off dulu pastu on balik bru dapat trima msj…klu ada hal pnting call trus la (cthnya: nak ajak bergambar sok ke hehhe)…sebab tak kan setiap minit aku nak off-on heheheh

Wednesday, July 29, 2009

Aku menggeletar melihat dia terbaring…

Pagi ini aku telah bersiap awal,penuh semangat untuk memulakan hari baru….ketika aku hendak pakai kasut…hujan turun dgn lebatnya…oh ni baru sekadar ujian kecil untuk aku ari ni…aku pun membuka kembali kasut dan stokin aku…letak kannya di dalam plastic dan memakai selipar…yela takut basah pula nanti…aku pun menyarung set baju hujan lengkap….biasala hanya naik motor je…aku berharap tiada kilat dan guruh je…biar la hujan saja…xkisah la selebat mana asalkan tiada GURUH dan PETIR saja.. kerana aku takut dengan kilat dan guruh heheh

Aku pun bertolak…menempuh hujan...ke kawasan rumah Faiz…ye lah aku dah berjanji pergi bersama-sama dgn dia dan Ezz….setelah cukup 3 orang berkumpul…kami pun meneruskan perjalanan di dalam hujan…keadaan jalan agak sesak ketika itu…kami bawa motor dengan berhati2…rasanya 40km/j kot.. tetiba kami terlihat ambulans di hadapan kami…kami lihat ada sekujur jasad terbaring di tngah jalan yang ditutupi dengan kain putih…aku menggeletar…ini lah first time aku lihat mayat di atas jalan raya… selalunya aku lihat dikaca tV saja… terus terlintas difikiran aku…kesiannya pada anak dan isterinya jika dia sudah berkeluarga…kerana pada awal pagi (dalam pkul 7 lbh)..mesti mangsa keluar utk pergi bekerja mencari rezeki..tetapi nasibnya malang kerana terlibat dgn kemalangan….kekadang sesuatu kemalangan itu bukan berpunca drpd kita sendiri…tetapi daripada kesilapan orng lain…maka apbila berada di atas jalan raya….sematkanlah sifat bertanggung jawab dan bersabar bnyak2…ingatlah orang tersayang…

p/s: ayah aku kalau bawa motor 30km/j je….bagi ayah aku…80km/j tu dah laju sgt..

Tuesday, July 28, 2009

Jangan salahkan kami…

Satu kaji selidik telah dilakukan dan mendapati wanita cantik cenderung untuk melahirkan anak perempuan yang lebih cantik berbanding ibunya manakala kitaran itu berterusan daripada satu generasi kepada satu generasi…jadi apa maknanya?? Maknanya…keturunan wanita cantik akan sentiasa cantik….dari ibu turun ke anak…turun ke cucu…dan berterusan kecantikan itu…Kajian oleh seorang penyelidik dari Universiti Helsinki iaitu Markus Jokela menyatakan wanita cantik melahirkan lebih ramai anak terutamanya anak perempuan berbanding wanita yang kurang cantik….jadi kepada kaum wanita…jangan lah salahkan kami, kaum lelaki yang selalu memilih wanita cantik sebagai teman wanita….kerana kami sayang akan anak-anak kami…kami nak anak-anak kami sentiasa cantik…dan bangga dengan diri mereka nanti hehee…..

p/s: emak aku selalu berpesan…setiap individu ada keistimewaan dan kecantikannya tersendiri… jadi berbanggalah dengan diri anda…aku x cantik, tapi cute adalah…hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...