nak ikut.....

Wednesday, February 3, 2010

Aku Jumpa Cinta Ku di Cameron Highland…

Cuti yang lepas (30 Jan-1 feb), aku telah membawa hatiku yang lara ini mendaki cameron highland… bagi melupakan segala tekanan yang aku alami…datang ke sana adalah semata-mata untuk enjoy je…tetapi dalam tempoh tiga hari itu, hati aku sentiasa tidak senang…sentiasa berdebar-debar..sangkaan aku mesti sebab keadaan di sana yang agak sejuk..tetapi ia meleset sama sekali…sebenarnya aku telah jatuh cinta…pandang pertama…rupanya cinta yang selama ini aku cari berada di Cameron highland… Ohh, sungguh mencabar cinta kita…Cuba bayangkan jika aku tidak pergi Cameron Highland pada masa itu?? Pasti aku tidak berjumpa dengan kamu dan jatuh cinta dengan kamu..Benarlah jodoh pertemuan ditentukan Allah…aku benar-benar bersyukur..

Masa pertama kali aku terlihat kamu, aku terasa yang kamu memang untukku….aku cuba menghampiri kamu, tapi aku perhatikan yang kamu sentiasa bersama dengan seorang makcik…mungkin keluarga terdekat kamu rasanya..aku jadi serba tak kena…rasa segan pun ada…tetapi jika aku tidak bertindak sekarang…pasti kamu terlepas dari dakapan aku….

Aku pun memberanikan diri…bergerak kearah kamu dan makcik kamu…oww strategi pertama aku adalah cuba mengambil hati makcik kamu…orang kata jika hendak anaknya, kena lah tackle ibunya dulu…hehhe aku pun datang dekat, sambil tersenyum dan memberi salam…makcik kamu menjawab salam aku dan turut tersenyum…oww ini peluang aku, makcik kamu memberi respon positif terhadap aku..”Ye, anak nak apa??”tanya makcik kamu… “saya nak…nak..nak”, aku tergagap..jantung aku berdegup kencang…lidah aku menjadi kelu…aku perhatikan kamu…nasib baik makcik kamu mudah faham…”oww anak nak tu eh??”kata makcik sambil menunjuk kearah kamu…aku tersipu-sipu malu sambil mengangguk yang aku nak kamu…”Nah ambil la ais krim strawberi ni” kata makcik kamu… aku pun mengambil kamu…Kini kamu berada dalam dakapan aku…

4 comments:

~ ReD ~ said...

whooaahh!!!:O sebab coklat..:D

yanna yazed said...

aku xsuka post ni! aku pk btl lh ko jmp sum1! nyampah sungguh wt aku b'debar! haha... dh sjuk2 mkn aiskrim lg

::aMaD:: said...

tak suke coklattt.hehehehe

kayteeze said...

Oooo.... aiskerim !

kak tie suka !!

Hehe.. salam kenal.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...