nak ikut.....

Friday, February 26, 2010

Perokok kurang cerdik??

Disebabkan hari ini cuti umum sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, aku mengambil kesempatan ini untuk lepak di rumah je…layan internet dan menonton TV saja… tak lupa juga perbanyakkan selawat heheh

Ketika aku baca paper Berita Harian…aku tertarik dengan satu artikel iaitu “Tahap Kecerdikan perokok rendah”.Dikatakan perokok mempunyai tahap kecerdikan atau IQ lebih rendah daripada mereka yang tidak menghisap rokok.

Menurut, Dr Mark Weiser dan rakan sejawatnya dari Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer mendapati lelaki muda yang menghisap sekotak rokok atau lebih mempunyai IQ 7.5 mata lebih rendah daripada bukan perokok. Purata tahap IQ bukan perokok adalah 101, manakala perokok ialah 94.


Tahap IQ berkenaan jatuh apabila jumlah rokok yang dihisap responden meningkat, iaitu 98 bagi mereka yang menghisap kurang dari lima batang sehari dan 90 bagi mereka menghisap satu kotak sehari. Aku malas nak komen banyak-banyak, sebab ramai kawan aku yang perokok.. nanti kena belasah plak hehehe
antara syarat yang ditetapkan..
p/s: Mesti akan ada orang kata Einstein (bijak pandai) pun merokok gak apa…ntah la tepuk dada tanya selera heheh

2 comments:

Anonymous said...

syarat yang bagus dan unik! hehehe

mr. said...

weh,aku saman kang,cam kenal jer statement nih,curik idea aku yer haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...