nak ikut.....

Friday, January 7, 2011

Tuah manusia, hanya Tuhan yang tahu….

Ketika aku leka menonton Buletin Utama semalam…Tetiba disiarkan satu berita…Berkaitan Suara Emas seorang pengemis….Memang memukau sungguh suaranya…. Kira layak menjadi pembaca berita atau DJ radio la… SUPERB!!

Dari seorang pengemis yang tidak berumah,Kini beliau bakal menjadi jutawan…Itulah tuah Ted Williams.

Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:

"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."

Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).

Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah. Kini dia telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun.




"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

1 comment:

nazihahisa said...

kalau tak berputus asa dgn hidup.. ada je peluang dimana2 :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...