Jumaat lepas, Kolej Komuniti Ledang ada menganjurkan program
Jom singgah sahur….ala-ala konsep program TV3 punya tu…. Dan unit kami, servispenyamanan udara dan penyejukan di minta untuk membuat Burger special (tambah
keju) untuk di agih-agihkan kepada kakitangan Hospital Tangkak, Balai Polis,
Balai Bomba dan rumah anak yatim islam ledang….
Aku memang teruja, sebab ini pertama kali aku menyertai
program bersahur dengan orang lain…selalu program berbuka puasa je…. Dan biasanya
aku bersahur dirumah je….. makan pukul 12 malam sebelum tidur heheh
Dan pada hari kejadian, kami mula masak burger pada jam 10
malam…kira lepas terawih la…walaupun pada permulaannya ada pelbagai dugaan
seperti api dapur tak nak menyala…namun kami Berjaya juga masak 250 ketul
burger dalam masa yang ditetapkan….. Memang seronoklah apabila pengarah, pensyarah,
staf, pelajar senior dan pelajar baru berganding bahu menyiapkannya…. Semoga program
seperti ini akan terus diadakan lagi….
proses membuat burger
mula berkonvoi pada jam 2 pagi
destinasi singgah sahur pertama di hospital tangkak
destinasi singgah sahur kedua di balai bomba tangkak
destinasi singgah sahur ketiga di balai polis tangkak
destinasi singgah sahur terakhir di
pertubuhan kebajikan anak-anak yatim islam ledang johor (pkayil)
Apa yang menggembirakan kami sudah tentu melihat keseronokan kanak-kanak ini makan
#kepada sesiapa yang ingin menjemput team kami untuk menjual
burger dalam sebarang majlis sangat-sangat dialu-alukan….boleh hubungi aku difacebook heheh…. (cari duit raya lebih heheh)
#kepada sesiapa yang ingin menderma kepada rumah anak yatim ledang ini, boleh lah menghubungi 06-9785667, semoga kegembiraan anak-anak yatim ini tidak hanya pada bulan Ramadan
#rabu depan ada program ihya Ramadan di Kolej KomunitiLedang….aku ditugaskan di bahagian pop kuiz Ramadan…habis la budak-budak ni
kena soal dengan ‘Ustaz’ KJ heheh
No comments:
Post a Comment