“Ledang tu kat mana ye?”
Itulah soalan yang biasa akan ditanya oleh urusetia
apabila aku ingin mendaftar pelajar aku untuk sesuatu pertandingan….Biasanya
aku akan menjawab
“Tempat dimana Puteri Gunung Ledang berada…”
Dan sudah tentu mereka tidak akan tahu juga…. Ledang dan
Tangkak adalah salah satu kawasan di Negeri Johor bersempadan dengan Negeri
Melaka…. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ledang dan Tangkak…boleh lah
bertanya pada Pakcik Google..
Dan baru-baru ini, Tangkak dan Ledang semakin popular…..kerana
“Tuhan Harun” bersama isteri ketiganya dan seorang pengikutnya telah Berjaya di
tangkap disitu… Rupanya “Tuhan Harun” ini berjiran dengan kebanyakan staf
tempat aku bekerja heheh…
Dan Lepas ini, kalau ada yang masih bertanya
“Ledang tu kat mana ye?”
Aku akan jawab,
“Tempat Tuhan Harun kena tangkap” hehe
sumber kosmo: Harun kena tangkap
Nota kaki: Sudah lamanya aku tidak mandi bersama Puteri
Gunung Ledang di Gunung Ledang….
No comments:
Post a Comment