nak ikut.....

Saturday, November 23, 2013

Pesanan Orang Tua

Jam 5.30 petang tadi, aku baru pulang daripada bertugas menjaga kursus pendek sempena Program Asprisiasi Alumni Kolej Komuniti Kebangsaan 2013 di MITC, Melaka…

Ketika aku berada di dalam rumah, Makcik aku yang tinggal di hadapan rumah aku menjerit memanggil aku…

“Angah….Angah….”

“Ye Mak Teh….Kenapa?”

“Mari makan durian ini….”

Aku yang hantu durian ini terus keluar rumah tanpa sempat menukar baju kerja….Aku duduk di atas kerusi di halaman rumah bersebelahan dengan Mak Teh aku…

Sedang kami enak menikmati kesedapan buah durian itu, datang seorang pemuda dalam lingkungan 40an menghampiri kami…. Maaflah, aku memang tidak mengenali jiran aku….Yela, aku keluar bekerja dari pagi sampai petang… Apabila sudah petang, hanya duduk dalam rumah bagi menghilangkan kepenatan dan melayan TV.. “Playboy itu suami aku” hahah….. Apabila hujung minggu, aku terpaksa pergi kerja juga….kalau cuti, aku akan balik ke Kuala Lumpur… Bila aku hendak mengenali jiran?? Hehe

Mak Teh aku mempelawa lelaki itu untuk makan durian sekali….sambil dia menikmati buah durian dia pun bertanya kepada aku

“Kamu ni siapa??”

“Anak buah Mak Teh”

“Tidak pernah nampak pun kamu sebelum ini”

“Macam mana hendak nampak, kerja pagi balik malam”

“Kamu sudah berkahwin??”

Pertanyaan lelaki itu membuat aku tersentak….

“Belum lagi… Kenapa?”

“Kalau belum….Pakcik nak bagi nasihat sikit dalam memilih isteri”

“Apa dia??”

“Kalau kamu hendak pilih isteri, jangan pilih yang selalu tanya kamu di mana dan asyik suruh kamu balik rumah je….nanti rasa terkongkong je”

Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya….

“Habis tu nak pilih isteri macam mana??”

“Kamu carilah isteri yang tidak kisah kamu pergi ke mana….janji kamu balik ke rumah….”

Aku tersenyum dengan penerangan pakcik itu…dan kami terus menikmati durian…

TIba-tiba!!!

Kring!!!! Kring!!!!

Telefon bimbit pakcik itu berbunyi dan dia pun menjawab telefonnya..

“Yea…yea abang nak balik ni….tak boleh abang keluar rumah sekejap”

Erk!!!! Aku tergelak. Pakcik ni tadi nasihatkan aku, tetapi dia juga memilih isteri jenis itu….hehe… mungkin dia cerita berdasarkan pengalamannya…. Inilah dikatakan JODOH!!!!


Nota kaki: Jom ramai-ramai esok turun ke perkarangan MITC….ada macam-macam gerai jualan dan kursus pendek percuma…Jumpa anda disana!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...