Pagi tadi aku menonton siaran Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di
TV 9….ada satu slot Hanya di Malaysia…
Ia mengisahkan tabiat rakyat Malaysia yang suka rasa
hingga kenyang…
Terus aku teringat semasa aku kecil-kecil dahulu, aku ini
suka sangat ikut ayah aku pergi pusat membeli belah…. Biasanya kalau kat
shopping complex mesti ada orang yang jaga booth untuk bagi rasa tester… Aku
akan rasa semua yang ada dalam shopping complex tu, dan biasanya aku sanggup
untuk beratur kembali bagi produk yang sedap la heheh…
Kalau pergi ke pasar malam atau gerai jualan, biasanya
kita akan minta untuk rasa dulu baru belikan…. Kalau puas hati dengan rasanya,
baru kita akan beli…betul tak?? Betul…betul…betul… hehe
Tetapi ada yang rasa sampai sendawa kekenyangan hehe…kemudian
tidak beli atau hanya beli sedikit bagi menjaga hati penjual….aku biasa buat
dulu hehe…
Tetapi dulu je aku buat, sekarang aku tidak buat lagi….kalau
aku sudah rasa sesuatu produk tu je….aku akan pastikan aku rasa sekali je dan
akan membelinya…. Ini kerana aku pernah bertanya mengenai hal ini pada ustazah
aku semasa belajar dulu….
Apa jawapan ustazah aku? Ini adalah jawapan ustazah aku….
Haram kita merasa makanan itu jika memang dalam hati kita tidak berniat
langsung untuk membelinya selepas itu… sekadar rasa untuk suka-suka…. Ini bagi
produk yang tidak menyediakan tester lah….
Nota kaki: aku pernah pergi ke pasar malam, dan lihat
seorang makcik ini ingin membeli rambutan… tetapi dia pilih satu-satu biji
masuk ke dalam plastik….penjual rambutan itu hanya mampu menggelengkan kepala
sahaja….aku hanya tergelak melihat gelagatnya….hanya di Malaysia
No comments:
Post a Comment