Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2013, kiranya
kalau kamu masuk tandas pada jam 11.59 malam ini, insyaallah kamu akan keluar
dari tandas pada tahun hadapan heheh
Hari ini, kalau kita baca akhbar….kita akan perhatikan
ada sorotan berita yang berlaku sepanjang tahun 2013…
Kalau kita mendengar radio pula, pasti akan ada carta
lagu hits sepanjang tahun 2013…
Kalau menonton TV pula, pasti ada senarai berita
terhangat tahun 2013…
Jadi tidak sahlah kalau blog aku ini pun tidak
menyenaraikan 10 entri terbaik aku sepanjang tahun ini iaitu tahun 2013…
walaupun pada tahun 2013 ini lah, aku paling malas menulis entri….atau yang
sebenarnya aku agak sibuk heheh
Tempat ke-10: Entri Erti Persahabatan
Wujud lagikah rakan sejati pada zaman ini?? Lebih-lebih
lagi generasi-Y yang sudah kurang bersosial secara realiti tetapi sentiasa menghabiskan
masa dengan teknologi seperti game…. Ini adalah kisah yang aku lihat dengan
mata aku sendiri….Bacalah entri ini untuk mengetahui kisah selanjutnya
Tempat ke-9: Entri akibat suka menunjuk!!!
Entri ini mengisahkan balasan yang aku terima akibat
daripada sikap aku yang suka menunjuk-nunjuk… Aku sudah insaf… Jadi jika anda
ingin mengetahu apakah balasan yang aku terima…bacalah selanjutnya di entri ini…
Tempat ke-8: Entri Jangan kahwin
Entri ini mengisahkan mengenai jika kita tidak mendapat
restu daripada ibubapa, lebih baik kita jangan kahwin…Untuk mengetahui dengan
lebih lanjut, bacalah entri ini
Tempat ke-7: Entri Demam Gwiyomi
Kecoh sebentar satu Malaysia mengenai gwiyomi…. dan aku
pun turut kena demamnya… adakah aku pun mempunyai video gwiyomi sendiri? Baca
entri ini untuk mengetahuinya
Tempat ke-6: Entri Yakinlah….Allah sentiasa bersamamu
Entri ini mengisahkan bagaimana aku sendiri mengalaminya
apabila aku berdoa kepada Allah…Ingin mengetahui lebih lanjut…Bacalah hehe
Tempat ke-5: Entri Mengapa aku tidak tengok filemMalaysia…
Entri ini
menyenaraikan beberapa alasan mengapa aku tidak menonton filem Malaysia di
Panggung Wayang…Bukan kerana aku poyo atau aku anak mat salleh….tetapi aku rasa
korang semua pun tahu apa sebabnya….Kalau hendak mengetahuinya…bacalah entri
ini…
Tempat ke-4: Entri Melupakan seseorang dengan cara orangasli…
Entri ini mengisahkan cara yang digunakan oleh orang asli
Pahang bagi melupakan seseorang… Kita biasanya apabila putus cinta, kita mesti
jadi tidak keruan…asyik teringat kepada bekas kekasih kita… dan yang paling
teruk, ada yang cuba membunuh diri…. Apa kata anda cuba ikut tips daripada orang
asli ini dengan membaca entri ini dengan lebih lanjut….Mungkin berguna!
Tempat ke-3: Entri Tips mendapatkan duit yang banyak
Entri ini mengisahkan tips untuk mendapatkan duit raya
yang banyak….ia sesuai dilakukan oleh kanak-kanak…Jika anda seorang bapa kepada
kanak-kanak, maka anda boleh membacanya untuk diamalkan oleh anak anda heheh…Apakah
tipsnya?? Baca selanjutnya di entri ini…
Tempat ke-2: Entri Bukan Kondom Aku!!!
Entri ini mengisahkan mengenai aku, ketua jabatan dan
kondom terpakai…. Ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bacalah entri ini
JUARA CARTA: Entri kisah di pam minyak
Sudah banyak kali perkara ini terjadi kepada aku di
stesen minyak… Ingin mengetahui apa yang terjadi kepada aku?Baca entri ini
Nota kaki kanan: Selamat tahun baru!!! Semoga tahun baru
ini membawa lebih kejayaan dan keceriaan kepada kita semua…
Nota kaki kiri: Mungkin ada hikmahnya, esok aku
kena kerja…..
No comments:
Post a Comment