nak ikut.....

Thursday, January 9, 2014

Kenapa Pelakon?

Aku masih ingat lagi, ketika aku zaman kanak-kanak…yakni ketika aku masih lagi di bangku sekolah rendah….Cikgu sering bertanya

“Apakah cita-cita anda apabila besar nanti?”

“Tentera”

Itulah jawapan yang aku sering berikan….dari darjah satu hingga darjah enam…tidak berubah… Biasanya jawapan yang popular ketika itu adalah polis, cikgu dan doctor.  Kebiasanya jawapan itu dipengaruhi dengan pekerjaan ibubapa mereka…. Mereka melihat apa yang ibubapa mereka jadi.. Aku pun sama lah… Tidak pernah terfikir untuk menjadi jurutera, penulis blog mahupun Perdana Menteri heheh

Namun begitu, menurut kaji selidik oleh Adecco Malaysia baru-baru ini, 12 peratus kanak-kanak  berusia tujuh hingga 14 tahun di Malaysia mahu menjadi pelakon apabila dewasa nanti. Ini kerana mereka ingin mencipta nama dan mendapat pendapatan yang tinggi. Tetapi yang aku peliknya, kenapa Pelakon?

Sudah terang lagi bersuluh, menunjukkan kanak-kanak zaman sekarang lebih terdedah kepada pengaruh media massa seperti televisyen berbanding pengaruh ibubapanya sendiri.  Mereka melihat kehidupan sebagai seorang pelakon adalah glamour, kaya, mewah, popular dan sebagainya. Adakah ia benar? Aku tidak tahu, cubalah tanya artis-artis di Malaysia ini

Dulu, aku pernah bertanya kepada ibu aku…

“Boleh tak angah hendak menjadi seorang penyanyi atau pelakon?”

“Boleh..dengan syarat angah sehebat Siti Nurhaliza”

“Tidak jadilah”

“Kenapa?”

“Angah sayang Siti Nurhaliza….Kalau angah sudah sehebat Siti Nurhaliza, nanti orang ramai tidak mahu mendengar suara Siti Nurhaliza lagi”

sumber gambar: dari dompet Pakcik Google :)

Nota kaki kanan: adakah kehidupan artis itu memang sangat indah atau hanya sekadar indah khabar daripada rupa?


Nota kaki kiri: Terlalu ramai artis di Malaysia ini, dari yang popular sehinggalah yang suam-suam kuku.. Dari yang aku kenal, sehinggalah yang aku tidak sedar kehadirannya….

Nota kaki kanan kawan: Siapa presiden Seniman sekarang ye?? Aku hanya ingat Zed Zaidi je...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...