nak ikut.....

Saturday, January 10, 2009

Aku dan kamu....

Aku tidak pernah mengimpikan untuk mengenalimu...jauh sekali untuk bercinta denganmu... bukan kerana kamu tidak sesuai dengan aku atau aku jual mahal, demand, BUKAN!! Tetapi aku takut bila bersamamu, membuatkan kamu malu...kamu terlalu cantik seperti Cindarela manakala aku x lah sekacak seperti sang putera...Aku tahu jodoh pertemuan di tangan Tuhan..tapi sampai bila kamu dapat bertahan dengan kata-kata orang??Aku tahu kamu memang terbaik untuk aku, sanggup berkongsi segala kesedihan,kedukaan,kesukaan bersama aku..tetapi aku???kebenaran semua di depan mata...aku dgn kamu bagai langit dan bumi...jauh perbezaannya...walaupun kamu selalu memberi aku semangat dan kata2 perangsang tetapi aku tahu ia hanya untuk hiburkan hatiku saja..
Entahlah...tetiba aku terasa untuk melayangkan warkah ini sahaja agar terluah segalanya... terasa ringan sikit beban yang ditanggung..Maafkan aku kerana terpaksa mengangkat kaki, mengundur diri dari hidupmu.. Wahai cindarelaku, aku ingin berterima kasih kepadamu, kerana telah membantu aku, mengenali erti cinta walaupun sekejap. Aku berharap kau teruskan pencarian sebenar Mr cindarela mu.Tak perlu ditunggu dan mengharap apa2 dari aku kerana aku bukanlah putera yang kamu cari.



MySpace Flash Toys

Friday, January 9, 2009

Surat Rasmi-cara minta kahwin lagi..

Hari ni mata aku susah plak hendak lelap...biasanya pantang nampak katil terus tertido..esok dah lah ada kelas BI pada jam 8 pagi...kang x bangun plak..ish!! Tetiba aku terfikir plak hendak check email..ala dah alang2 aku x tahu apa nak buat.. sebenarnya aku ni jarang membaca email, terutamanya yg foward2 ni..just tgok sepintas lalu je...sedang aku mengemaskini kotak email aku...aku terbaca satu email yang dihantar oleh kawan lama aku...tajuk macam menarik je..."Surat rasmi-cara minta kahwin lagi"..Korang jangan salah anggap pada aku, aku ni jenis yang setia pada satu hahahha...agak kelakar la email ni..jadi aku masukan dalam blog ni...kongsi dengan korang semua...setelah membaca email ini, aku tidur sambil tersenyum...huhuu.

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yangmerupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di ataskertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi,pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita ke dalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Tuesday, January 6, 2009

Final Semester...

Akhirnya aku kini berada dalam semester terakhir di UTM..InsyaALLAH..jika x ada apa2 yang tersangkut lah...dulu masa mula2 menjejakkan kaki di UTM ni terasa program ijazah selama 4 tahun ini terlalu lama dan berharap ianya cepat berakhir..tapi sekarang rasa sebaliknya pula...mungkin sebab aku suka dengan kehidupan aku di U ni..(bukan sebab ada awek kat sini k huhu)..Untuk semester akhir ni aku ambil 15 kredit iaitu english for workplace (2 kredit), refrigeration & airconditioning (3 kredit), structural analysis (3 kredit), engeneering management & safety (3 kredit) dan Projek Sarjana Muda 2 (4 kredit)...setakat ni x terasa nak sambung buat Master lagi bila habis degree ni...terasa nak keje n cari pengalaman sebanyak mungkin (x tahu r dicampak keje kat mana nanti)...bila dah semester akhir ni, aku terasa amat sayang pada UTM n kawan2 aku...yelah pas ni mungkin dah x ada peluang jumpa mereka lagi..semua membawa haluan sendiri..terasa gak nak puas2 ronda U dan Johor ni nanti kempunan plak huhu..dah last sem ni nak skor result gempak2 r...jadi all the best utk semua pelajar 4 SMM...dah berjaya nanti jangan lupa kat aku plak ye...still keep in touch k...bukan touch and go k huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...