nak ikut.....

Wednesday, January 21, 2009

Aku benci makan IKAN....

Sebelum ni aku ada tulis entri mengenai lelaki yang kahwin wanita muda akan panjang usia... itu memang benar berdasarkan kajian..namun begitu...baru2 ni aku terbaca plak satu artikel mengenai..ikan juga dapat panjangkan usia lelaki....bukan lelaki itu kena kahwin dengan ikan...tetapi lelaki yang kerap memakan ikan, berpeluang hidup lebih lama...haha...ini berdasarkan kajian daripada Profesor Madya Yasuyuki Makamura dari Universiti Sains Shiga, Jepun...Kajian yang telah dijalankan selama 19 tahun di Tokyo itu menunjukkan lelaki terhindar dari risiko serangan jantung atau lumpuh sebanyak 30 % sekiranya memakan ikan sekali dalam setiap dua hari....ish...kacau tul la artikel ni...aku baru je berangan2 nak beristeri muda....mesti kaum hawa plak yang simpan artikel ni...nak tahu mana aku dapat artikel ini???x bleh bg tahu...aku nak isteri muda..aku benci ikan....

aku hanya suka ikan nie je...

Tuesday, January 20, 2009

"Pantun Aku Kacak??"

Duduk menyimpuh si ibu Zaki,
Setia menunggu anak terunanya,
Aku seorang anak lelaki,
Dulu,kini dan selamanya.....
___
Basuh baju kena perah,
kalau tidak kena marah...
aku suka sangat warna merah,
terasa kacak lagi ghairah...
___
Hari ini indah terasa,
Ada gembira, ada sedih..
aku ini orang biasa..
tak suka perasan lebih-lebih...
___
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
saya tak pernah kata, saya kacak,
hanya bersyukur,pemberian Tuhan.
___
Anak Pak kadak rajin membaca,
Anak pak Kaduk rajin berlumba,
berapa kali hendak ku kata,
aku tak ensem,kacak sahaja....
___
Pak Mat suka main guli,
Main guli tepi perigi,
Jika aku tak puji diri,
Adakah korang hendak memuji??..(haha)
___
Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
apa lagi korang nak tahu?,
tanyalah pada tuan empunya...
___
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam peti,
kalau rasa naik menyampah,
janganlah baca entri ini lagi....huhuhu (dah habis pun)
p/s: Ada sape2 yang nak balas pantun???huhu

Monday, January 19, 2009

Aku pun nak beristeri muda la....

Bila aku baca berita di akhbar berita harian mengenai "lelaki tua dapat isteri muda panjang usia" aku tersenyum sendirian...manakala kawan perempuan aku baca sambil buat muka..macam x puas hati...."ko suka lah baca berita ni kan???"..Nak aje aku jawab, semua lelaki mestilah suka berita ini melainkan dia bukan lelaki tulen..(faham2 sendirilah maksudnya...)..haha
Berita ni bukan saja aku reka2 tau tetapi telah dijalankan penyelidikan oleh penyelidik Universiti Stanford dan Universiti California-Santa Barbara...Jadi kesahihannya boleh dipercayai hahah.. Pasti sekarang kaum hawa x senang duduk, terutamanya para isteri kerana alasan ini boleh dipakai oleh para suami untuk memenuhkan koata yang masih kosong....

suami: Ayang sayang abang tak??
Isteri: Tentulah ayang sayangkan abang...
Suami:Ayang sanggup tengok abang mati dulu ke??
Isteri:Ayang xsanggup...kalau boleh biarlah kita SEhidup SEmati bersama...
Suami:Klu ayang x sanggup tgok abg mati dulu, benarkanlah abg kahwin dengan perempuan muda??(sambil menunjukkan akhbar tanpa rasa bersalah...)

p/s:Aku nak simpan lah keratan akhbar ni...mana lah tahu berguna untuk masa hadapan ke??hahah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...