Anda terlalu kurus??
Terasa nak melayang jika ditiup angin??
Anda jangan risau…ikutilah petua menambah berat badan yang aku telah amalkan ni…di jamin berkesan…kerana aku telah cuba terlebih dahulu….dan korang boleh lihat hasilnya sekarang…jika tidak berkesan….wang anda akan dikembalikan…tapi petua ni x perlukan sebarang bayaran pun hahah.. ok la ni nak citer skit, dulu aku terlalu lah kurus bagi orang yang tinggi seperti aku ni… ramai yang jeles dengan kekurusan (ada ke perkataan ni??) aku.. tapi aku x suka la terlalu kurus…aku nak tengah2..means x terlalu kurus atau gemuk…aku x percaya langsung dengan ubat2 tambahan atau pun appeton weight gain tu…jadi aku amalkan petua aku sendiri…dan hasilnya aku telah tambah 10 kg dalam 2 semester aku belajar di UTM (kira setahun la)…ya ampun…bnyaknya lemak aku…Berikut adalah petua aku:-
1. Mestilah makan dengan banyaknya…paling kurang dalam sehari mesti makan 2 kali…masa nak ambil makanan tu, ambil pinggan paling besar jadi walaupun kita ambil nasi dalam kuantiti yang bnyak tetapi terasa seperti sikit juga.
2. Lepas makan, mesti terasa mengantuk…jadi lekas2 lah pergi basuh kaki dan tidur…setiap minit waktu tidur berharga untuk menambahkan berat badan anda…
3. Jika ada orang ajak anda berjogging…anda turut serta juga tetapi dengan naik motor…biarkan rakan anda berjogging keseorangan tetapi anda mengikutinya dengan motor…
4. Tetap naik motor juga..walaupun hendak pergi ke bilik member seberang jalan…aku selalu buat masa nak pergi bilik ehsan…hahah
5. Pastikan pengambilan makanan2 berlemak dan air karbonat tidak pernah miss dalam seminggu..
6. Pastikan lauk anda ada ayam setiap kali waktu makan…
Selamat mencuba…..
Sebelum....
Selepas...
P/s: aku percaya jika seseorang itu mencintai kita...dia akan menerima kita seadanya....hahah
p/s/s:selamat hari pekerja kepada semua pekerja dan bakal menjadi pekerja (seperti aku ni) huhuh