nak ikut.....
Friday, June 12, 2009
Pulut Kuning di pagi hari…
Monday, June 8, 2009
Teguran Cara Penampilan Aku..
a) Batik + jeans
Ini antara cara pemakaian aku yang ditegur oleh ramai orang…Kes ni berlaku pada malam perasmian “club night”.Penat aku nak explain pada setiap orang yg bertanya mengenai seluar jeans aku yg tidak sesuai dipakai ketika itu..Rasa nak naik atas pntas buat pngumuman je…aku x pakai seluar slack malam tu sebab ia tertinggal kat rumah…dan dalam almari aku hanya ada seluar jeans je…kang aku x datang majlis tu lg ramai plak yang bertanya huhu
b) Beg
Dulu aku selalu bawa beg ke mana2 walaupun tidak mengisi apa2 di dalamnya..saje je..kalau beli barang nanti senang je letak dalam beg tu…beg paling teruk kena kutuk yang sampai sekarang aku ingat adalah beg yang aku bawa g genting ni hahaha…dari jauh dah dapat lihat aku kan…
c) Cermin mata
Aku start pakai cermin mata masa aku form 5…aku rabun jauh..tapi power tak adalah tinggi mana pun..just 50 utk mata kiri dan kanan..aku ingat lagi masa form 5, budak2 kelas aku termasuklah cikgu bm aku..pnggil aku Prof…Amin..mudah2an menjadi kenyataan hahah. Setakat ni dah 6 kali aku tukar spek (sebab pecah + hilang)…dah pelbagai bentuk aku pakai.. berbingkai penuh, separa atau x de bingkai…tetapi spek yang paling ramai tegur n pling lama bertahan (2 tahun) adalah spek biru aku ni…hahah..sesuai tak aku pakai spek ni??
d) Topi + Rambut x bersikat
Dulu, bila aku nak keluar rumah mesti aku pakai topi…x kira lah pagi, petang atau malam.. Sebab? Aku malas nak sikat rambut hahaha…tapi skang aku dah 2 tahun x pakai topi..keluar rumah dengan confident je..just guna sikat asli iaitu jari2 aku utk menyikat rmbut hahaha
Sebenarnya banyak benda lagi yang aku selalu ditegur…tetapi aku berterima kasih kepada kawan2 aku yang berani menegur aku…aku tahu mereka nak aku sentiasa dalam keadaan ensem hahaha…kalau bukan mereka yang tegur, habis siapa lagi??
p/s: Mula berfikir utk mencari isteri supaya sentiasa dapat menjaga penampilan aku hahaha
Sunday, June 7, 2009
Kisah di Panggung Wayang
Semalam, cuti umum sempena hari keputeraan agung..Jadi aku mengambil kesempatan untuk keluar berjalan-jalan (haha ayat aku mcm aku dah keje plak..). Aku dan Roy telah bersepakat untuk tengok filem Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) di panggung wayang, Mines..Kenapa kat Mines?? Sebabnya.. pastu nak pergi gak Read Malaysia’09 International Book Affair (akan aku citer dalam next entri)…
Aku gigih bertolak dari rumah jam 9.30 pagi…sebab tayangan early bird JPBC adalah pkul 11 am…aku ingatkan sempat sampai..tetapi terlewat 15 minit…ini semua sebab Komuter la…lembap…habis aku “ditembak” oleh Roy dari Komuter Serdang sehinggalah ke Mines…hahah…Sampai kat panggung wayang nya…kitaorang tngok next show JPBC adalah pkul 1 pm..ada dalam sejam setengah kena tnggu.. tak kira…aku dah berikrar..hari tu juga kena tngok JPBC…sebab dengar ura2 cam best je…aku beli lah 2 tiket wayang dan biasanya aku akan plih sit line J haha (klau nak cari aku..tngok kat line J r…)..sementara nak tnggu pukul 1 tu kitaorang pergi lah melantak apa yang patut…
Pkul 1pm, kami pun masuk k panggung wayang…tetapi Roy nak beli pop corn gak walaupun kitaorang dah makan tadi….katanya tak best kalau tak kunyah something dalam pnggung wayang n tngok orng lain makan je.. haha bleh plak alasan tu kan….
Aku msuk panggung..terkesima aku..ini lah first time aku tngok wayang hampir penuh kerusinya diduduki…x hairanlah kalau filem ini boleh box office nanti… Tayangan JPBC pun bermula…cerita ni memang kelakar…tetapi agak lmbat “panas” la…dalam setengah jam pertama, aku boleh menghitung berapa kali je aku gelak….efek seramnya pun suam2 kuku… memang la ini filem seram komedi…tetapi rasa mcm x menjadi je..ada rasa ‘kekurangan’ sesuatu… setakat 30 minit tayangan JPBC, aku boleh bagi 1.5 dari 5 bintang…tetapi kenapa 30 minit je aku tngok dan nilai?? Adakah aku tertidur selepas itu??
SEBENARNYA….
Seluruh panggung wayang tersebut terputus bekalan elektrik…ntah lah..menurut kakitangan di situ, bilik bekalan kuasanya terbakar…bleh plak diorang minta penonton wayang semua datang minggu depan utk menyambung tngok filem masing2…ingat masa kitaorang ni just utk tngok wayang je ke??x kira nak gak balik duit wayang tu…last2 diorng terpaksa memulangkan balik duit kami…setakat 30 minit tygn JPBC yang aku dah tngok tu, aku x terlintas utk tngok smbungan cerita tu…Duit RM 10 aku selamat…hehe
p/s: kan best kalau blackout dekat2 nak habis cerita tu….dapat tngok wayang + dapat tuntut balik duit haha