Ari ni aku bngun awal….bosan tak tahu nak buat apa…aku terpandang satu novel yang adik aku pnjam darpd kawannya…agak menarik covernya…dan bila aku mengambil dan membelek2 nya…aku terbaca tajuknya ‘Aku mahu saiz S’ karya ain maisarah terbitan PTS One sdn bhd…pertama sekali bila aku terbaca tajuknya, apa yang tergambar di dlm fikiran aku ialah…mesti novel ini mengisahkan mengenai orang yang berbadan gempal yang cuba untuk kurus….sangkaan aku tidak meleset….secara keseluruhan, ceritanya agak menarik….dan patut lah menjadi kegilaan budak2 remaja zaman sekarang.... aku yang telah dikategorikan sebagai remaja purba ini pun tak sangka telah berjaya menghabiskan bacaan novel yang setebal 245 muka surat ini….Rasanya tidak rugi jika sesekali kita mengisi masa terluang dengan membaca novel2 ringan seperti ini…banyak pengajaran yang boleh diperolehi seperti..bersyukur dengan paras rupa yang dimiliki kuniaan Allah dan menerima takdir dengan hati terbuka…selain itu, novel ini turut menyelitkan unsur2 persahabatan dan tolong-menolong….jadi jangan lepaskan peluang untuk memilikinya k…
p/s: selepas habis je aku baca novel ni…terasa aku muda 5 tahun plak….