nak ikut.....

Tuesday, July 28, 2009

Jangan salahkan kami…

Satu kaji selidik telah dilakukan dan mendapati wanita cantik cenderung untuk melahirkan anak perempuan yang lebih cantik berbanding ibunya manakala kitaran itu berterusan daripada satu generasi kepada satu generasi…jadi apa maknanya?? Maknanya…keturunan wanita cantik akan sentiasa cantik….dari ibu turun ke anak…turun ke cucu…dan berterusan kecantikan itu…Kajian oleh seorang penyelidik dari Universiti Helsinki iaitu Markus Jokela menyatakan wanita cantik melahirkan lebih ramai anak terutamanya anak perempuan berbanding wanita yang kurang cantik….jadi kepada kaum wanita…jangan lah salahkan kami, kaum lelaki yang selalu memilih wanita cantik sebagai teman wanita….kerana kami sayang akan anak-anak kami…kami nak anak-anak kami sentiasa cantik…dan bangga dengan diri mereka nanti hehee…..

p/s: emak aku selalu berpesan…setiap individu ada keistimewaan dan kecantikannya tersendiri… jadi berbanggalah dengan diri anda…aku x cantik, tapi cute adalah…hahaha

Monday, July 27, 2009

Camtu aku pun dituduh playboy juga la….

Aku tergelak besar bila baca tajuk artikel mengenai Taufik Batisah yang disiarkan di dalam akhbar kosmo ari ni..kerana tertekan belum beristeri…beliau dituduh playboy…kalau mcm tu aku pun sama la gak… boleh dituduh playboy…hahha…yela, buat masa ini aku memang tidak ada teman wanita lagi (ayat standard artis)… bukan jual mahal…tapi dah jual murah siap ada sale lg…orng x nak gak hahaha.. Gurau je…sebenarnya fokus utama aku sekarang adalah kerja dan cari duit banyak-banyak….untuk siapa gak.. mestilah untuk bini dan anak-anak kembar aku nanti…heheh (tinggi betul impian…)

Jadi kepada kawan-kawan aku sekalian…tolong lah jangan bertanya mengenai awek atau perkara berkaitan mendirikan rumah tangga buat masa sekarang….aku belum bersedia lagi... hahah…cnfirm ada orng yang x caya dgn ayat aku ni….klau dah tiba masanya…korang akan dpt lah juga kad undangan… jadi jangan lah risau ye….korang perlu risau nak sedia kan hadiah perkahwinan aku je…haha…

Sunday, July 26, 2009

Tiada lagi filem bermutu…

Aku terkejut, ketika aku lepak bersama dengan Adam kat Downtown…adam memberitahu aku bahawa Yasmin Ahmad telah meninggal dunia dalam jam 11.30 malam…cepat nya si adam ni dapat berita tu… rasanya jam bru menunjukkan jam 11.50 malam…rupa-rupanya kawan dia mesej memberitahu perkhabaran itu…Aku tergamam…sebab aku berharap sangat Yasmin akan kembali sihat dan terus menghasilkan filem2 melayu yang berkualiti…tetapi Allah lebih menyayanginya….

Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah 3 hari selepas diserang angin ahmar dan pendarahan di bahagian otak. Yasmin, 51, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya. Aku amat meminati karya Yasmin terutamanya filem Talentime. Bagi aku, beliau merupakan pengarah terbaik yang pernah ada di Malaysia…Aku masih teringat, ketika filem talentime mula di tayangkan di pawagam…aku dan roy sanggup meredah hujan semata-mata untuk menonton filem itu…kita orang tengok di CS, johor bahru….agak terkejut la kerana pawagan tidak penuh…boleh dibilang dengan jari saja penontonnya…tapi aku terasa bangga sangat dengan filem itu….dan yasmin…walaupun beliau sedar, filem2 nya tidak akan mencapai kutipan box-office tapi beliau tetap terus menghasilkan karya yang berkualiti…ini lah pengarah filem sejati….

AL-FATIHAH…….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...