nak ikut.....

Sunday, July 26, 2009

Tiada lagi filem bermutu…

Aku terkejut, ketika aku lepak bersama dengan Adam kat Downtown…adam memberitahu aku bahawa Yasmin Ahmad telah meninggal dunia dalam jam 11.30 malam…cepat nya si adam ni dapat berita tu… rasanya jam bru menunjukkan jam 11.50 malam…rupa-rupanya kawan dia mesej memberitahu perkhabaran itu…Aku tergamam…sebab aku berharap sangat Yasmin akan kembali sihat dan terus menghasilkan filem2 melayu yang berkualiti…tetapi Allah lebih menyayanginya….

Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah 3 hari selepas diserang angin ahmar dan pendarahan di bahagian otak. Yasmin, 51, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya. Aku amat meminati karya Yasmin terutamanya filem Talentime. Bagi aku, beliau merupakan pengarah terbaik yang pernah ada di Malaysia…Aku masih teringat, ketika filem talentime mula di tayangkan di pawagam…aku dan roy sanggup meredah hujan semata-mata untuk menonton filem itu…kita orang tengok di CS, johor bahru….agak terkejut la kerana pawagan tidak penuh…boleh dibilang dengan jari saja penontonnya…tapi aku terasa bangga sangat dengan filem itu….dan yasmin…walaupun beliau sedar, filem2 nya tidak akan mencapai kutipan box-office tapi beliau tetap terus menghasilkan karya yang berkualiti…ini lah pengarah filem sejati….

AL-FATIHAH…….

6 comments:

SMKRP.klang said...

meredah hujan pergi menonton wayang??
hurm..
(berfikir sambil berfikir)

Unknown said...

huhu
Al-Fatihah utk Yasmin...
hmm...tapi citer tue best kn..??

syah said...

sungguh bersemangat..
best sgt ker citer talentime tu.. sebab sepet dgn gubra xbest aku tgk..

Lasykar Langit dan Bumi said...

Al- fatihah...
the most remarkable works bkn saja talentime...
tp iklan2 yg mula mengangkat nama arwah...

muhdzahari said...

kita masih punya kabir bhatia..

kj said...

acik: msa tu dlm perjalanan...tetiba hujan...jadi x kan nak berpatah blik kot hahah

tengku_fir21:a'ah best sgt...nangis x tngok citer tu??huhu

syah: agak best la citer tu...mudah difahami berbanding sepet dan gubra

lasykar langit dan bumi: betul2 stuju sgt

Muhdzahari:yup2 kita ada pngarah lain yg hebat..tp aku x kan tngok filem seorng pngarah ni...member2 aku tahu sape huhuhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...