nak ikut.....

Thursday, October 22, 2009



CINTA adalah ANUGERAH,
Membuat kita TERTAWA,
Membuat kita BERNYANYI,
Membuat kita SEDIH,
Membuat kita MENANGIS,
Membuat kita bertanya kenapa....
Membuat kita menerima..
Membuat kita memberi..
&
Yang paling penting membuat kita HIDUP.....



Wednesday, October 21, 2009

Kelab Peminat Hamster

Bila baca paper je…mesti akan terpampang…berita mengenai ahli kelab peminat anjur sesuatu program.. Alangkah baiknya, jika ada Kelab Peminat Hamster Malaysia (KPHM)…confirm aku orang pertama yang ambil borang dan isinya utk join…dan mendaftarkan sekali keahlian kesemua 19 ekor hamster aku..ini aku kira yang hidup je…tidak termasuk yang mati keracunan, mati bersalin, mati tidak cukup bulan, mati kena makan dan sebagainya..nanti bleh lah buat macam2 program bersama…

2 ekor ahli baru...

aku suka sangat gambar ni

p/s: alangkah bagusnya jika aku ada kelab peminat… Kj Fan Club (KFC) …=P

16 SEPTEMBER = CUTI UMUM

Yeah!!! Maknanya tahun depan akan bertambah lagi satu hari cuti umum.. Tipu lah sape kata dia tak suka cuti…hehe…Cuti 16 September adalah sempena ulang tahun sambutan Hari Malaysia (Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1963).. jadi kira-kira dah 46 tahun berlalu baru diorang tersedar kot tarikh tu rakyat Malaysia tak pernah cuti selama ni…kiranya diorang berhutang dengan aku 46 hari cuti.. takpe2 aku maafkan…kerana selama ni aku hidup sebagai pelajar…jadi bila 16 september sebelum ni, aku pergi menuntut ilmu….baiknya aku…tapi mulai tahun depan..life aku dah berubah…dari student menjadi buruh kasar…so aku amat memerlukan cuti 16 September tu (pilihan raya akan datang saya akan undi anda, so bagi lah banyak2 cuti ye… heheh)… Tapi aku rasa xperlu lah ada sebarang sambutan diadakan pada tarikh 16 september tu…membazir duit.. kerana confirm 31 Ogos telah diadakan sambutan secara besar2an… aku rasa sambutan merdeka tahun ini paling bagus (kebetulan jatuh dalam bulan puasa…)…x membazir DUIT RAKYAT, MASA, TENAGA dan sebagainya.. just buat ala kadar je cukup…

p/s: Ada banyak cara menunjukkan sifat patriotik…bukan sekadar mengibar jalur gemilang dan berkaraoke lagu patriotik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...