nak ikut.....

Friday, June 18, 2010

Akibat Demam Bola….

Kita pergi je ke mana-mana sekarang, pasti topik yang hangat diperkatakan ialah tentang BOLA… Sana Bola, Sini Bola, Makan Bola, Tidur Bola, Minum Bola….Segalanya Bola lah…Termasuk lah iklan di TV, semuanya mesti di kaitkan dengan Bola (aku tergelak bila tngok iklan di ASTRO, pelakon2 CSI main bola..)

Begitu jugalah yang terjadi dengan seorang warga emas, Idris Mahat yang telah di dakwa memilik dadah seberat 16.92 gram dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun. Ini bukanlah kali pertama, dia dimasukkan dalam penjara…tapi telah berkali-kali….Jadi disebabkan demam piala dunia melanda , dan dia mungkin tidak berpeluang menonton siaran langsung mahupun siaran ulangan piala dunia di penjara. Maka dia membuat pose sepak bola kepada wartawan yang menangkap gambarnya….hahah

macam Gonzalo Higuain tak???

p/s: Best ke masuk penjara??? Sebab pakcik ni tak serik2 keluar masuk penjara…

Tuesday, June 15, 2010

Aku Menunggu Jandamu…

Kepada kaum lelaki diluar sana, jika anda pernah terfikir atau terlintas difikiran untuk berkahwin dengan janda, silalah berhati-hati dengan bekas suami si janda itu….supaya perkara ini tidak berlaku lagi..

Alkisahnya berbunyi (terasa diri ini macam penglipurlara plak hahaha)…Di sebuah negeri yang bernama Kuala Terengganu….Akibat cemburu telah menguasai diri, seorang lelaki telah membawa kaum kerabatnya seramai 17 orang…pergi berjumpa bekas isterinya….bukan lah untuk meminang kali kedua tetapi untuk menyerang suami baru kepada bekas isterinya itu…. Haha kelakarnya, apa hak lelaki tu nak serang suami bekas isterinya??

Aku tak tahu lah apa motif lelaki itu menyerang, korang rasa apa sebab yang releven eh?? Yang terlintas difikiran aku ialah:-

a) Mungkin lelaki itu masih lagi mencintai bekas isterinya…

b) Atau mungkin juga, jeles sebab bekas isterinya terlebih dahulu berkahwin kembali dari dirinya dan hidup dengan gembiranya…

c) Bekas isterinya kahwin kembali tanpa memberitahu dan menjemputnya datang kenduri.. hahah

oww aku sedang skodeng janda sebelah rumah ini

Pesanan Khidmat Masyarakat: Jaga lah isteri anda elok-elok, kerana wanita bukanlah hakmilik..tapi anugerah!!=)

Saturday, June 12, 2010

CONFIRM TAK KELUAR BILIK…

Hotel!!

Bila disebut pasal hotel mesti kita terfikir tentang suatu tempat untuk berehat atau menginap jika kita melancong ke sesuatu tempat…atau paling nakal pun…tempat TERBAIK membuat projek hahaha…. kiranya hotel ini sebagai tempat persinggahan sementara untuk tidur, berehat-rehat, mandi dan sebagainya….

Ada ke orang melancong ke sesuatu tempat, akan hanya duduk di hotel je sepanjang hari tanpa menikmati keindahan kawasan itu??

Tetapi jika aku DAPAT PELUANG menginap di bilik suite tingkat 52 Hotel Four Season, New York, confirm satu hari suntuk aku tak kan keluar bilik….Rugi oww, sebab perlu membayar sebanyak RM 110 847 satu malam… tetapi hanya ada dalam bilik hotel beberapa jam untuk tidur aje…. TAK BERBALOI langsung!!

Kenapa Bilik Hotel ini mahal??

a) mempunyai televisyen yang mempunyai rangkaian siaran dari seluruh dunia dan pemandangan ke arah Manhattan termasuk bangunan Empire State dan Statue of Liberty.

b) mengandungi sebuah perpustakaan (confirm tak sempatnya nak membaca buku), bilik bersantai yang mempunyai air terjun dengan batu granit diimport dari Afrika Selatan dan bilik spa.

c) Sinki bilik air diperbuat daripada kristal dan kolam mandi mini menghadap pemandangan kawasan Manhattan manakala lampu di ruang tamu berharga lebih RM385,399.

d) Disediakan sebuah kereta Rolls Royce selain orang gaji dan pelatih persendirian.

Jika anda rasa berbaloi harganya….pergilah menginap di hotel ini…=)

p/s: Bila lah aku akan dapat merasa pegang duit sebanyak itu??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...