Siapa berani panggil polis bodoh??? Angkat tangan!!!
Aku??? Tidak berani sama sekali!!!
Yela, gara-gara memanggil seorang angota polis, Konstabel Mohd Hafifi Ali (bukan nama sebenar) dengan gelaran bodoh, Nur syafa watiha wahab (bukan juga nama sebenar HEHEHE) dikenakan denda Rm 50 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah…
Ketika itu, Konstabel Mohd Hafifi menahan Nur syafa kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal…. Bagi aku lah, daripada dia kata polis itu bodoh semasa dia di tahan… lebih baik dia merayu dan berjanji akan memakai topi keledar kemana sahaja dia pergi selepas ini…termasuk pergi tandas heeehe… yela mungkin polis itu akan lepaskannya, dan beri peringatan sahaja…. Ini tidak, kata polis itu bodoh…terus la polis itu jadi panas dan bengang…terus la di dakwa kerana tidak memakai helmet dan mengata polis bodoh…. hahaha
p/s: Kalau ada orang panggil aku bodoh, boleh ke aku dakwa mereka dan dapat Rm 50??? Kalau boleh, aku hendak dakwa anda semua sebab awal-awal masa baca tajuk entri ni dah kata aku bodoh….
p/s/s: Janganlah ada 40 orang baca entri ini….silap-silap, betul-betul bodoh nanti….TIDAK!!! heheh