nak ikut.....

Monday, December 24, 2012

Nilai durian crepe!!!


Anda pernah makan durian crepe??

Sekarang sedang fames mengenai durian crepe… Aku pun sudah mencubanya, itupun hasil pemberian rakan sekerja aku….. Sangkaan aku terlalu tinggi sebelum merasanya…tetapi apabila aku sudah merasanya, perkataan yang terkeluar dari mulut aku ialah

“Lebih baik makan buah durian betul, daripada makan benda alah ini…lagi berbaloi!!”

Serius, aku rasa lebih berbaloi makan buah durian betul daripada makan durian crepe ini… mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan aku, itu terpulang pada selera masing-masing…..tepuk dada tanya selera!!!

Ketika aku pulang ke Kuala Lumpur, keluarga aku pun terkena demam durian crepe…. Lebih-lebih lagi adik aku yang belajar kat university Malaya tu…. Memang dia teringin sangat, walaupun aku dah bagi komen negative mengenai durian crepe pada nya hehehe


Misi pencarian durian crepe aku bermula dari hari sabtu yang lepas…. Alkisahnya apabila adik aku itu mesej kakak aku, pagi sabtu itu, mengatakan yang dia teringin untuk makan durian crepe…. Kebetulan pagi itu, aku dan kakak aku pergi ke pasar tani….adalah seorang makcik itu menjual durian crepe disitu….tetapi 4 ketul kecik durian crepe berharga RM 10….aku rasa, ia sangat mahal…..sedangkan RM 10 boleh dapat, 2-3 biji buah durian… dan kebetulan juga…. Macam drama sinetron Indonesia pula….terlalu banyak kebetulannya…. Kawan aku ada mesej aku mengatakan yang dia hendak memberi aku durian crepe….

Alang-alang hendak mendapat durian crepe free….aku “menghasut” kakak aku supaya tidak membeli durian crepe daripada makcik itu… Hendak menjadikan cerita, adik aku sanggup balik rumah dari Universiti Malaya (UM) petang sabtu itu juga semata-mata hendak makan durian crepe…. Tetapi aku berjanji hendak jumpa kawan aku tu masa krismas nanti heheh…

Disebabkan rasa bersalah, aku memulakan misi mencari durian crepe malam sabtu itu….merata pasar malam, super market, dan kedai aku selongkar….tetapi hampa…. Dan adik aku pulang kembali ke UM pagi ahad itu dengan perasaan kecewa dan kempunan hehehh…..Sampai emak aku suruh cari juga durian crepe dimana-mana sahaja sebelum kami semua ke UM hari ini…. Sampai aku terfikir untuk membuat sendiri saja durian crepe tu….bukannya susah….

Pagi ini, aku masih tidak jumpa lagi durian crepe yang dicari….biasalah, apabila kita hendak sangat sesuatu benda itu, mesti tidak jumpa….tetapi apabila kita tidak memerlukannya, berlambak pula heehhe Pagi tadi, aku menghantar kakak aku ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengambil ubat, selepas itu misi pencarian durian crepe bersambung semula heheh….dari HKL sampai taman melawati aku redah, tetapi hampa….akhirnya aku pulang ke rumah pada jam 11 pagi….

Menurut kawan aku, kat Mudah ada je orang jual durian crepe…. Aku pun online dan tengok kat mudah… Memang ada beberapa orang yang menjual durian crepe… aku cari yang sekitar rumah aku… ada la dalam 3 orang… jadi aku mesej ketiga-tiga itu

“Salam. Saya hendak order durian crepe. Kalau saya hendak ambil pada pukul 12.30pm nanti sempat ke buat?”

Nasib baik ada seorang yang balas, dia kata dia boleh buat…. Jadi aku rasa lega, dapat bawa durian crepe untuk adik aku nanti…. Aku beli 4 kotak durian crepe J. Dan tadi aku buka facebook,aku lihat adik aku sudah komen mengenai durian crepe… Kan dah kata, taknak percaya…. heheh

Saturday, December 22, 2012

Nama saya Afiq


Khamis lepas….kebetulan negeri Johor cuti…sempena hari Hol Almarhum Sultan Iskandar… Jadi tempat kerja aku telah membuat hari staf di Tiara Beach Resort, Port Dickson untuk satu hari itu…. Pada sebelah pagi, diadakan Majlis penghargaan untuk staf yang telah memberi khidmat cemerlang sepanjang tahun 2012 dan sebelah petangnya pula diadakan sukaneka dan bersantai di taman tema nya…



Syukur..Alhamdulillah…aku telah dapat penghargaan perkhidmatan yang cemerlang bagi kluster Multimedia, ICT & Elektronik sepanjang tahun 2012…. Jadi kepada sesiapa yang nak berkursus asas Microsoft word, power point, excel, blog, movie maker dan sebagainya….boleh lah hubungi aku….

Tetapi disini, aku bukan hendak bercerita mengenai Majlis penghargaan atau sukaneka itu, tetapi aku hendak menceritakan satu peristiwa yang telah membuat aku lebih menghargai ibubapa aku…

Ketika aku sedang bersantai di taman tema disitu selepas habis acara sukaneka dan sebelum aku pulang ke rumah.. Aku hanya duduk di tepi kolam, tidak berenang…..ye aku akui, aku fobia sikit dengan air,bukan bermakna aku takut air sampai tak mandi….macam kambing tu hehheh, aku fobia, sebab aku pernah hampir lemas ketika aku sekolah rendah dulu…

Dan ketika aku duduk di tepi kolam, main air dengan kaki aku…. Aku perhatikan, ada seorang budak lelaki ini…dia selalu tengok aku… aku menjadi tidak selesa…. Tetapi aku buat tidak tahu saja… Dan budak lelaki ni berenang menghampiri aku…

“Bang, jom lah mandi”

“Kejap lagi lah dik”, balas aku sambil mata aku memandang pada papan tanda di tepi kolam yang  tertulis kedalaman kolam ini 1.2 meter… Dan ketinggian aku 1.8 meter, aku boleh je berdiri dalam kolam ini, pasti tidak lemas heheh

“Saya dari rumah bakti”, balas budak itu. Membuatkan mata aku beralih dari papan tanda itu memandang ke arahnya.

“Rumah bakti??”, aku seolah-olah bertanya untuk mendapatkan kepastian mengenai rumah itu…

“Yup, rumah bakti, rumah anak-anak yatim kat seksyen 2 bangi”, terang budak itu

“Ouhhh”, lidah aku menjadi kelu…itu sahaja perkataan yang mampu terkeluar dari mulut aku pada ketika itu, aku terus teringat kedua ibu bapa aku…

“Nama saya afiq”

“Sedap nama tu, nama abang….Khairul, afiq datang dengan siapa??”

“Saya datang dengan kawan-kawan lain dan penjaga, 30 orang semuanya.” Sambil menunjuk ke arah sekumpulan budak yang memakai baju yang sama

Aku perhatikan mereka, penuh keceriaan di muka mereka….terus aku teringat budak-budak dirumah berkat, rumah anak yatim yang pernah aku mengajar  tusyen….

“Adik sudah berapa lama dirumah itu??”tanya aku

“Sejak umur 4 tahun, dan sekarang saya tingkatan satu”

Aku memandang tepat mukanya….aku tahu dia rindukan seseorang….ye ibubapanya…mungkin abang, kakak dan adik-adiknya….Afiq terus bermain dengan aku, sampai lah masa aku perlu pulang…Aku keluar dari kolam, dan mencari selipar….

“Abang hendak pergi mana??”, tanya afiq

“Abang hendak balik, dah sampai masa abang kena check-out”

“Abang tak bermalam disini ke??”

“Tak, abang hari ini je….”,balas aku. Aku perhatikan riak mukanya masam…

“Abang balik berhati-hati ye.. Jangan lupa saya kat bangi”, katanya sambil melambai tangan.

Kini sudah dua hari berlalu, aku sekarang berada dirumah….masih ingat lagi lambaian afiq itu…

Dan aku perhatikan kedua wajah ibu bapaku ini, sudah penuh garis-garis kedut…. Dan ayah aku semakin kurus… Aku tidaklah kata aku baik sangat, aku dulu juga pernah lawan cakap ibubapa aku, Cuma aku hendak pesan, hargailah ibubapa anda selagi mereka masih hidup, Cuba selami perasaan anak-anak yatim yang dahagakan kasih sayang kedua ibubapa mereka.

Tuesday, December 18, 2012

Kiamat semakin hampir!!!!


Kecoh!!!

Apabila ada ramalan menyatakan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini…

Dulu pun pernah kecoh sekali yang kiamat akan berlaku pada tarikh-tarikh tertentu dalam tahun 2012…..tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku!!!

Aku bukan hendak mengulas mengenai ramalan tarikh kiamat….TETAPI adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya??

Sepatutnya, kita terutamanya umat islam tidak boleh percaya ramalan tetapi perlu untuk menggandakan amalan….dan tetap yakin bahawa hari kiamat itu pasti berlaku.. hanya Allah swt sahaja yang mengetahui bila tibanya hari itu seperti dijanjikanNya.

Selepas tarikh ramalan, adakah kita telah dapat mempersiapkan diri menghadapi kiamat??

Aku takut apabila lepas sahaja hari jumaat ini, dan orang yang terlalu taksub dengan ramalan, jika dia melihat tiada apa yang berlaku pada sekeliling, dia akan kembali kepada kehidupan lamanya yang leka daripada melaksanakn perintah Allah….mungkin dalam 2-3 hari ini, dia gigih melaksanakan perintah Allah…

Bagaimana pula jika ada orang yang tidak rasa apa-apa pun, tidak membuat sebarang persediaan walaupun dia tahu Kiamat atau kematian semakin hampir??? Dialah manusia yang paling rugi di muka bumi ini….


Sebab itulah, Allah merahsiakan tarikh kiamat dan masa kematian seseorang….DIA maha mengetahui…  yang manusia pasti akan membuat persediaan di saat-saat akhir….Dengan berahsianya tarikh kiamat dan masa kematian seseorang, manusia itu akan sentiasa mengamalkan apa yang diperintah, dan meninggalkan apa yang dilarang ke atas dirinya…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...