nak ikut.....

Thursday, February 7, 2013

Aku bersyukur…


Dalam 2 minggu akan datang ni…aku akan menjadi sangat sibuk… Dua program yang aku sertai akan berlangsung….Pertamanya adalah program Khidmat masyarakat dan keduanya adalah program kitar semula….

Program khidmat masyarakat akan berlangsung pada 22 hingga 24 februari ni…Sekarang ini, aku sedang menunggu senarai nama keluarga yang miskin dari Jabatan Kebajikan Masyarakat…seminggu juga aku tunggu senarai itu, tetapi masih tidak dapat lagi….rasanya ramai sangat kot….

Aku dan beberapa orang pelajar nanti akan ke rumah-rumah keluarga miskin ini, akan melakukan gotong royong dan memberi sedikit sumbangan barangan kepada mereka….

Manakala program kitar semula sudah berlangsung selama dua minggu….setakat ini, barangan dan wang yang aku terima masih tidak banyak lagi, aku masih memerlukan sumbangan… Jadi kepada sesiapa yang hendak menderma atau menyumbangkan barangan terpakai seperti barangan dapur, pakaian, permainan, dan sebagainya…..atau barangan kitar semula, seperti kotak, kertas, tin dan sebagainya… bolehlah derma kepada aku…boleh hubungi aku di facebook…. Hasil daripada jualan barangan ini, kami akan salurkan kepada keluarga pelajar yang miskin dan memerlukan….

Dan pagi tadi, aku tapis dan temuduga beberapa orang pelajar….mendengar kisah hidup mereka…. Rupanya masih ada lagi keluarga yang susah dan memerlukan bantuan… Aku rasa sangat bersyukur, kerana aku diberikan rezeki yang cukup…. Serius sedih aku, mendengar kisah mereka yang tidak makan…. Penuhkan masa dengan membuat sebarang aktiviti..supaya tidak memikirkan pasal makan…. Macam mana hendak ada tenaga untuk belajar??

Aku harap dengan sedikit sumbangan ini nanti mampu menggembirakan mereka dan menyemarakkan semangat untuk mereka belajar..


P/s: Mungkin hari ini hari mereka, manalah tahu lain kali hari kita pula….

Sunday, February 3, 2013

Aku kaya…

Teeettt!! Teeettt!!

Telefon bimbit aku berbunyi, menandakan ada mesej masuk…

Aku pun buka dan baca….dari nombor yang aku tidak kenali

“Promotion’s Tahniah sim kad anda telah meraih hadiah percuma RM 19000 dari SHELL HELIX, No pin 552299 Sila Call di talian SHELL SDN BHD 0128161645”

Aku terdiam seketika….dan kemudian aku tersenyum…. Bukan sebab aku gembira, aku menjadi orang kaya baru secara tiba-tiba tetapi aku tergelak, ada lagi orang yang hendak menipu dengan cara macam ni lagi heheheh

Kan bagus kalau betul-betul aku dapat duit RM 19000 tu…Boleh aku masukkan sebahagian dari duit tu ke dalam program kitar semula aku tu… Tapi aku yakin sangat, yang mesej itu satu penipuan… Tak kan lah SHELL SDN BHD guna nombor handphone je…tak kan la tiada talian tetap kot…

Bercakap mengenai, Program kitar semula itu…kalau anda semua ada barang-barang terpakai di rumah yang tidak diperlukan lagi tetapi masih lagi dalam keadaan baik seperti pakaian, perabut,, permainan dan sebagainya….dan anda juga ada barang-barang kitar semula seperti surat khabar, kotak, tin, botol dan sebagainya…bolehlah derma kepada aku…bolehlah contact aku di facebook…. Hasil daripada jualan itu, akan aku dermakan kepada insan-insan yang memerlukan…

Dan jika anda tiada semua barang-barang diatas, tetapi berminat untuk menyumbangkan sesuatu juga.. anda bolehlah sumbangkan derma atau pun barangan dapur seperti beras, minyak dan sebagainya…

Mungkin hari ini adalah hari mereka, mana lah tahu kemudian hari adalah hari kita….
kan best kalau syarikat shell betul-betul memberi sumbangan :)

p/s: Kita memang perlu menjadi kaya…tetapi dengan cara yang betullah…kerana apabila kita kaya, kita boleh membantu orang lain…

Friday, February 1, 2013

Nilai diri kita…


Wah pagi-pagi lagi aku sudah kemas kini entri…. Ni semua angkara tertidur awal malam semalam, sampai aku tidak tengok rancangan kegemaran aku “Semanis Kurma” heheh….

Nak tidur balik, mata tak nak pejam pula….akhirnya, aku online…buka facebook, tengok tiada rakan-rakan yang online, jadi aku buka je lah paper online…dapat baca maklumat atau berita terkini…  Pagi nanti sampai kat pejabat, bolehlah aku berlagak jadi orang yang paling awal tahu berita hahah

Semasa aku membaca akhbar online, aku tertarik dengan satu artikel ini… Muntah ikan paus bernilai RM 210,502…wow…kira pakcik kaya lah kalau dapat…

Alkisahnya, seorang lelaki di London telah ditawarkan wang sebanyak jumlah itu oleh seorang pembeli dari Perancis. Lelaki itu menemui objek itu selepas anjingnya mula menghidu batu yang agak besar dengan tekstur melekit berwarna kekuningan. Muntah yang jarang ditemui itu dipercayai menjadi bahan asas penting untuk penghasilan minyak wangi.

Cuba lah kita lihat, muntah ikan paus pun ada nilai…..bagaimana dengan muntah kuning atau hijau kita?? Berapa nilainya??Hanya di longkang…..Aku rasa sangat kerdil…..haiwan atau tumbuhan yang kita pandang seperti tiada fungsi dan nilai, tetapi sebenarnya banyak manfaat dan kegunaannya.. Cuba kita berdiri dihadapan cermin sebentar, lihat diri kita daripada hujung rambut hingga hujung kaki… apa yang kita boleh beri manfaat kepada manusia atau hidupan yang lain?? Apakah nilai diri kita?? Jadi mengapa kita masih sombong dengan Pencipta kita?? Kenapa kita sendiri yang merendahkan nilai diri kita yang kosong ini?? Semua soalan ini perlu dijawab sendiri….

Ingatlah, semua manusia sama sahaja tetapi orang yang paling mulia diantara kita di sisi Allah ialah orang yang paling takwa…


p/s(i): Dan jangan entri ini disalah tafsir pula, bukan berkhutbah Cuma betuli diri jua J

p/s(II): Aku selalu memesan kepada student aku…. “Kalau kita tidak mampu memberi kesenangan atau kebaikan kepada orang lain, janganlah pula kita memberi kesusahan atau keburukan kepada mereka”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...