nak ikut.....

Thursday, February 14, 2013

Jangan kahwin!!!!


Aku baru sahaja selesai menonton rancangan kegemaran aku…..Semanis Kurma… Aku akan memastikan diri aku tidak akan terlepas daripada menontonnya….Tajuk malam ini agak menarik iaitu “Cinta dua-dua”… Masih lagi tajuk pasal cinta, sebab itu aku awal-awal lagi sudah terpacak dihadapan TV heheh

Sambil aku menonton TV, aku post lah status di facebook aku


Dan ada kawan aku komen tanya….Apa itu cinta dua-dua?? Cinta biseksual ke??

Ishhh sampai ke situ sekali…Heheh Ia sebenarnya berkaitan Cinta Allah dan cinta antara manusia…. Yelah, sejak kebelakangan ini, kebanyakkan orang lebih cintakan manusia berbanding cintakan Allah.. sebab itulah apabila berlaku putus cinta, berlakulah kes bunuh diri dan sebagainya… Jika cinta Allah melebihi segalanya pasti cinta antara manusia itu berlandaskan islam….tiada kes zina, anak haram, buang bayi dan sebagainya…

Dan Ustazah Siti Nor Bahyah serta ahli panel berulangkali menegaskan bahawa

“Jangan kahwin kalau ibubapa tidak restu….”

Tetiba secara automatik, aku teringat kes artis perempuan yang sangat popular pada masa ini… dimana si lelaki yang juga artis ingin hantar rombongan merisik, tetapi mendapat bantahan daripada ayah si artis perempuan itu.. Macam ada kaitan je tajuk semanis kurma ni… Hehe… Harap mereka tengok dan mengambil pengajaran daripada semanis kurma ini…. Doa yang terbaik untuk mereka…

Adakah aku mendapat restu daripada ibu aku??

Bukan setakat restu, tetapi sudah kerap bertanya secara langsung mahupun tidak langsung…Bila aku hendak kahwin….heheh

“Angah bila hendak kahwin….”, tanya emak aku pada suatu hari

“Kalau boleh hendak esok ma”, aku balas

“Ishhh dengan siapa??”, tanya emak aku

“Tu”, sambil tunjuk ke arah pintu utama

“Siapa??”

“Tengah menunggu orang datang meminang la”, aku ketawa

PAKKKKK!!! Belakang aku kena ketuk….

p/s: Kepada sesiapa yang ingin berkahwin tetapi tidak mendapat restu daripada ibubapa mereka, aku sarankan korang ambil kamera video, dan rakam nyanyian korang…mesti lagu ombak rindu tau hehehe….. buat solat istikharah!!!

Tuesday, February 12, 2013

Yakinlah….Allah sentiasa bersamamu…


“Yakinlah…dengan sepenuh hati…Allah sentiasa bersama umatnya…. Sentiasalah mengadu kepadanya, kerana Allah Maha Mendengar….”
Itulah pesanan emak aku yang aku sentiasa ingat…dan baru-baru ini, aku sendiri mengalaminya…

Jumaat lepas….

Di tempat kerja aku, diadakan audit dalaman 5S….Habis semua tempat dan kawasan dinilai dan diberi markah….dan sudah pasti kawasan kerja aku akan dikenakan “denda” sebab sangat bersepah sejak aku ambil alih program kitar semula…3R (reduce, reuse dan recycle) ni… heheh… Yelah..Tempat aku telah dijadikan kawasan longgokan barangan kitar semula oleh akak-akak cleaner….sampai kayu pun dilonggokkan juga… heheh.. Terima kasih lah kerana memberi sokongan, sampai aku minta satu bilik dari pengarah untuk dijadikan pusat kitar semula….. semoga usaha murni kita ini mendapat keberkatan!!

Dan akibat audit 5S berlangsung, telefon aku asyik berbunyi yang menyuruh aku mengambil barangan kitar semula dari tempat mereka….. Malangnya sepanjang hari jumaat itu, hujan turun tanpa kelihatan tanda hendak berhenti….sehinggalah selepas solat jumaat…

Selepas solat jumaat, hujan berhenti seketika….jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengangkat barangan kitar semula yang boleh dijual terus seperti kertas,plastic dan besi masuk ke dalam kereta aku…. Habis ruang kereta aku penuh dengan barangan kitar semula…sekali tengok, sudah macam lori sampah hehhe… tak sangka kereta myvi aku yang kecil itu dapat di sumbat dengan semua barangan kitar semula itu hehehe… Aku bangga sekejap kerana menjadi tuannya heheh

Selepas aku bertungkus lumus memasukkan barangan kitar semula ke dalam kereta, rakan aku yang menolong aku angkat barangan itu berkata….

“Eh buka ke pusat kitar semula tu?? Kan dah nak cuti tahun baru cina??”

“Buka rasanya…ish janganlah mulut kau masin”, aku balas…

Aku segera masuk ke dalam kereta, dan memandu ke arah pusat kitar semula itu….Sah!! memang mulut kawan aku masin…pusat kitar semula itu tutup…

Aku tunggu lama di pintu masuk pusat kitar semula….rasa kecewa lah juga kerana perlu berpatah balik… mungkin ada hikmah disebalik semua ini….fikir aku…. Aku masuk gear reverse, dan sempat mulut aku berkata..

“Ya Allah, jika kerja yang aku lakukan ini diberkati oleh Mu, permudahkannya…”

Dan tiba-tiba, pintu pusat kitar semula itu terbuka…aku lihat seorang pekerjanya, warga Bangladesh kelihatan seperti hendak balik…. Aku menghampirinya, aku berharap dia akan menerima barangan kitar semula yang aku bawa… Syukur, dia sanggup menerimanya!!! Sebenarnya, dia baru sahaja menutup pusat kitar semula itu…

Dia membenarkan aku memunggah barang-barang kitar semula ke atas penimbang…Mungkin ini rezeki, insan yang memerlukan. Syukur!!!

Rasanya kayu tidak boleh dikitar semula...guna semula bolehlah :)

p/s: Kepada sesiapa yang hendak menderma barangan kitar semula, barangan terpakai atau barangan dapur (beras, minyak, tepung, gula dsb)...bolehlah hubungi aku di facebook

Thursday, February 7, 2013

Aku bersyukur…


Dalam 2 minggu akan datang ni…aku akan menjadi sangat sibuk… Dua program yang aku sertai akan berlangsung….Pertamanya adalah program Khidmat masyarakat dan keduanya adalah program kitar semula….

Program khidmat masyarakat akan berlangsung pada 22 hingga 24 februari ni…Sekarang ini, aku sedang menunggu senarai nama keluarga yang miskin dari Jabatan Kebajikan Masyarakat…seminggu juga aku tunggu senarai itu, tetapi masih tidak dapat lagi….rasanya ramai sangat kot….

Aku dan beberapa orang pelajar nanti akan ke rumah-rumah keluarga miskin ini, akan melakukan gotong royong dan memberi sedikit sumbangan barangan kepada mereka….

Manakala program kitar semula sudah berlangsung selama dua minggu….setakat ini, barangan dan wang yang aku terima masih tidak banyak lagi, aku masih memerlukan sumbangan… Jadi kepada sesiapa yang hendak menderma atau menyumbangkan barangan terpakai seperti barangan dapur, pakaian, permainan, dan sebagainya…..atau barangan kitar semula, seperti kotak, kertas, tin dan sebagainya… bolehlah derma kepada aku…boleh hubungi aku di facebook…. Hasil daripada jualan barangan ini, kami akan salurkan kepada keluarga pelajar yang miskin dan memerlukan….

Dan pagi tadi, aku tapis dan temuduga beberapa orang pelajar….mendengar kisah hidup mereka…. Rupanya masih ada lagi keluarga yang susah dan memerlukan bantuan… Aku rasa sangat bersyukur, kerana aku diberikan rezeki yang cukup…. Serius sedih aku, mendengar kisah mereka yang tidak makan…. Penuhkan masa dengan membuat sebarang aktiviti..supaya tidak memikirkan pasal makan…. Macam mana hendak ada tenaga untuk belajar??

Aku harap dengan sedikit sumbangan ini nanti mampu menggembirakan mereka dan menyemarakkan semangat untuk mereka belajar..


P/s: Mungkin hari ini hari mereka, manalah tahu lain kali hari kita pula….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...