Semalam aku kena bertugas kat Kluang…Dari pagi sampai ke
petang…
Jadi aku bergerak ke Kluang bersama staf-staf lain dan
pelajar pada hari Jumaat…
Kami sampai pada waktu petang, dan kami menginap di
sebuah hotel….tak tahulah berapa bintang hotel ni, tp rasanya bukan 3 bintang
ke atas….takpelah, janji dapat tidur…
Aku bukannya nak cerita pasal kerja aku di Kluang, kerana
semuanya berjalan lancar….tetapi kisah di hotel itu…. Aku mendapat sebuah bilik
di tingkat 3…iaitu bilik nombor 301… Aku berkongsi bilik dengan ketua jabatan
aku… Dan aku rasa, kalau seminggu aku kena menginap di situ, mesti kurus lah
aku…. Asyik naik turun melalui tangga je…
Selepas sampai di hotel dan mendapat nombor bilik, aku
dan ketua jabatan naik ke bilik untuk berehat sebentar, kerana pada waktunya
malam ada sesi taklimat mengenai kerja yang aku perlu lakukan pada keesokkan
harinya…
Sampai sahaja di bilik, aku membuka lampu….tetapi lampu
utama tidak dapat dibuka, kerana mentolnya sudah pecah…. Aku tidak kisah
sangat, sebab aku hanya duduk dihotel itu untuk tidur sahaja….aku pun membuka
sahajalah lampu tidur yang ada bagi menerangi bilik itu….tak kan nak bergelap
berdua dengan ketua jabatan pula….nanti orang fikir lain pula hohoho…
Selepas aku meletakkan beg, aku pun turun ke bawah untuk
berjalan-jalan…Yelah, ni pertama kali aku jejak kaki di Kluang ni….bukan senang
aku hendak sampai di sini..aku pun mengambil kesempatan dalam masa sejam untuk
meronda sekitar hotel…
Selepas sudah penat, aku pun kembali ke hotel… Setiba
sampai di bilik hotel, aku lihat ada TV di dalam bilik, tetapi tiada remote
controlnya….aku pun keluar bilik, dan kebetulan aku nampak seorang gadis di
bilik sebelah…
“Dik, boleh pinjam remote control tak??”
“Tak payah pakai remote control bang, just tekan-tekan je
TV tu”
Aku pun kembali ke bilik aku, dan tekan-tekan TV itu…tetapi
TV tu tak nak on juga….
“Ish mesti TV ni kena pakai remote juga”, fikir aku
Aku pun mencari remote control di semua tempat dan sudut
di dalam bilik itu….dalam almari, bawah tilam, bawah katil…dalam bilik air…dan
kesemuanya tiada…. Tetapi ada satu tempat je lagi yang aku belum cari….iaitu
dalam tong sampah di bawah meja….
Aku pun menghampiri tong sampah itu….aku mengangkatnya
dan selak di dalam tong sampah tu…. Aku terjumpa sesuatu….tetapi bukan remote
control…ia adalah kondom yang telah digunakan… Siap ada air mani lagi di dalam
tu…. Terus aku terfikir, mungkin ada orang telah guna hotel ni masa hari
Valentine yang lepas kot hohoho
Dan semasa hendak check out dari hotel itu….semasa pulang
kunci bilik…. Ketua jabatan aku berkata
“Eh kau tak buang ke kondom tu?? Nanti orang lain fikir
kita pulak buat projek”
“Eh…itu bukan kondom aku”
p/s: Kepada sesiapa yang hendak menderma barangan kitar
semula dan barangan terpakai seperti pakaian,permainan, perabot dan sebagainya…bolehlah
menghubungi aku di email khairul_khai86@yahoo.com..... kondom terpakai aku
tidak terima ye, tapi kalau nak derma rumah kondominium tu aku terima hehehe